Header Ads Widget

Kuasai IQ Wang Orang Kaya

Saya bersyukur dapat memiliki dan membaca buku Kuasai IQ Wang Orang Kaya.

Buku ini merupakan penulisan sulung Tuan Wan Roslan Wan Salleh.

Berita baiknya buku kedua beliau sudah saya baca yang berjudul Kuasai Tabiat Orang Kaya.

Dalam artikel kali ini, saya cuba untuk mengulas sedikit buku Kuasai IQ Wang Orang Kaya yang cukup menarik.

Jika ditanya secara peribadi, apakah penyesalan terbesar saya dalam dunia pembacaan buku ?

Sudah tentu saya mengatakan terlalu rugi tidak  membaca buku berkaitan kewangan dari awal-awal lagi.

Alasannya dengan membaca buku kewangan akan membolehkan anda  mencapai status bebas kewangan sebelum usia bersara.

Belum tentu seorang jutawan dapat status bebas kewangan tetapi orang yang bebas kewangan boleh jadi jutawan yang sebenar dalam dunia ini. 

Sebut jutawan maka terbayang  bahawa mereka orang kaya.

Memang betul dan ia adalah realiti yang wajar diakui.

Menurut penulis buku Kuasai IQ Wang Orang Kaya, ada banyak perbezaaan orang kaya dengan orang biasa-biasa.

Penjelasan dan kupasan beliau cukup padat dan teliti.

Orang kaya dikaitkan dengan aset dan orang biasa-biasa dengan liabiti.

Dalam bahasa senang faham, aset menjana pendapatan baik secara pasif atau aktif.

Manakala liabiti menyebabkan pendapatan yang kita miliki mengalir keluar dengan cepat mahupun perlahan.

Penulis begitu serius mengingatkan pembaca agar mempunyai lebih daripada satu pendapatan.

Jika anda seorang pekerja makan gaji maka usahakan ada perniagaan sambilan atau kecil-kecilan.

Begitu juga kalau anda seorang usahawan atau ahli perniagaan usahakan agar pendapatan terus meningkat dan berkembang kukuh.

Namun secaranya asasnya, kaji pengurusan kewangan agar digunakan secara optimum dan berhemah.

Gunakan konsep simpan, labur dan jana pendapatan agar impian berjaya kaya itu terlaksana.

Ternyata buku yang diterbitkan pada 2021 dengan cetakan ketiga berbaloi untuk dibeli dengan harga RM41.90.

Setelah dibeli wajib dibaca dan diamal agar ada perubahan paradigma minda untuk kuasai IQ wang dengan sebaik mungkin.

Saya percaya, lepas menghadam buku setebal 239 muka surat anda akan dapat bongkar rahsia bagaimana orang kaya berfikir tentang kewangan. 



Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Balasan
    1. Alhamdulillah dan terima kasih kak PI...saya perlu membaca banyak lagi buku nampaknya

      Padam