Header Ads Widget

Seni Mengubah Nasib

Seni Mengubah Nasib merupakan buku inspirasi dan motivasi.

Dalam buku ini menceritakan kisah kejayaan dan tabiat hebat 15 orang genius sepanjang zaman.

Pelajari tabiat mereka yang unik dan cuba adaptasi dalam kehidupan agar kejayaan juga boleh mengiringi anda nanti.

Penulis Indonesia iaitu Charles Saputra begitu cermat dan tertib menyajikan kisah para genius ini seperti Mark Zukerbeg, Bill Gate, Gus Dur, Aktrit Jaswal dan ramai lagi.

Persamaan yang ketara kepada para genius ini ialah mereka sangat banyak membaca buku dan belajar tanpa  henti.

Mereka juga sangat menjaga pemakanan, tidur dan pergaulan.

Ada tokoh genius yang hanya makan ikan berbanding daging atau ayam.



Begitu juga ada di kalangan genius suka makan buah-buhan dan sayur-sayuran segar.

Ternyata buku yang setebal 165 muka surat ini disaran untuk bacaan anak-anak muda atau para ibu bapa yang memiliki anak yang masih kecil.

Manalah tahu anak atau anak anda bakal meniadi orang genius yang seterusnya.

Biarpun genius diukur dengan skala IQ 100 hingga 200 ke atas namun tabiat yang baik tentu saja boleh kita contohi.

Apa lagi, jom dapatkan buku ini di pasaran selagi stok masih ada hehehe.



Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. wah menarik dibaca perkongsian idea n pengalaman tokoh2 genius dlm buku ni

    BalasPadam