Header Ads Widget

Ulasan Buku : Jack Ma: Bilionaire Beracun Unik


Izinkan saya membedah siasat buku Jack Ma: Bilionaire Beracun Unik. Sejujurnya buku ini sangat berbaloi dengan nilai wang manakala nilai ilmu melebihi harga yang kita bayar.

Penulisnya ialah Mejar (B) Mohammad Qayyum iaitu penulis bestseller yang tidak asing lagi buat peminat buku motivasi. Setakat ini sudah menulis lebih 90 buah buku dan beliau merupakan penceramah untuk seminar motivasi.

Jadi tidak hairan buku yang saya baca ini banyak mengandungi unsur motivasi dan inspirasi berkaitan perniagaan mahupun lehidupan.

Buku Jack Ma: Bilionaire Beracun Unik setebal 188 helaian dan diterbitkan pada tahun 2019 untuk cetakan keempat. Harga untuk senaskhah RM25 di Popular Book Store. Jika dibeli secara online sekitar RM23 senaskah dan belum termasuk harga pos.

Jack Ma merupakan orang terkaya di China. Beliau antara bilionaire yang terlibat dalam industri e-commerce. Beliau berjaya mengasaskan syarikat Alibaba.com pada tahun 1999.

Nama asal Jack Ma ialah Ma Yun. Beliau dilahirkan pada tahun 1964 di daerah Zhejiang, China. Ketika berumur 12 tahun Ma Yun mula tertarik dengan Bahasa Inggeris. 

Jadi tidak hairan Ma Yun atau Jack Ma pernah menjadi pemandu pelancong secara percuma semata-mata untuk mempelajari bahasa Inggeris.

Sebelum berjaya jadi bilionaire. Jack Ma menghadapi pelbagai rintangan dan dugaan yang bertali arus dalam hidupnya.

Beliau gagal diterima bekerja dengan KFC, 10 kali permohonan ke Harvard Universiti ditolak, dua kali permohonan untuk jadi guru bahasa Inggeris gagal dan akhirnya permohonan yang ketiga barulah diterima.

Sehingga pada satu tahap Jack Ma berfikir lebih baik mencipta pekerjaan dari terus memburu pekerjaan.



Pada tahun 1999, syarikat Alibaba yang berkonsep ecommerce ditubuhkan oleh Jack Ma dengan  modal US60k. Itupun wang pinjaman daripada temannya setelah gagal dapat pembiayaan daripada bank.

Ketika mengutarakan idea dan hasrat untuk menubuhkan bisnes e-commerce kepada 24 orang rakan, hanya seorang menerima. Yang lainnya menolak dengan menyatakan inilah idea paling bodoh.

Namun Jack Ma tetap meneruskan impian dan hasratnya untuk memastikan para pelanggan membeli tanpa keluar ke mana-mana dengan platform e-commerce.

Pada hari ini syarikat Jack Ma telah menjadi syarikat gergasi ecommerce terbesar di China dan juga dunia.

Dalam buku ini juga ada diceritakan banyak rahsia kejayaan, kata-kata hikmah dan strategi perniagaan yang wajar diguna pakai oleh para usahawan.

Sebab itu saya berani rekomendasi baca buku Jack Ma: Bilionaire Beracun Unik kepada sesiapa yang ingin berjaya dalam apa jua perniagaan.

Nak tahu lebih lanjut boleh dapatkan buku ini dipasaran segera sebelum terlambat.

    

Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. Banyak kali gagal sebelum berjaya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada juga yag gagal terus dan tidak pernah berjaya sebab sudah mengalah

      Padam
  2. Jack Ma ni memang sumber inspirasi ramai orang

    BalasPadam
  3. Buku motivasi terbaik menginspirasi kejayaan

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau lemah semangat wajin baca buku motivasi

      Padam
  4. Menarik ulasannya..tentu buku ni amat menarik

    BalasPadam
  5. Dia ni memang sealu beri inspirasi...

    BalasPadam
  6. Kemarin pi perpustakaan Yan, ada nampak buku ni tapi tak pinjam lagi. Rasa nanti saya pun kena baca

    BalasPadam
  7. He is indeed an amazing person.

    BalasPadam
    Balasan
    1. itulah yang membezakan kita dengan dia hehehe

      Padam