Header Ads Widget

Ulasan buku: Kuasai Tabiat Orang Kaya

Siapa yang wajib baca buku Kuasai Tabiat Orang Kaya?

Siapa lagi kalau bukan orang yang ada hati, impian, angan-angan dan harapan untuk jadi orang kaya.

Sungguh pelik kalau keinginan dan kemahuan untuk kaya tidak tersisip dalam hati waima hati paling dalam sekali pun.

Kaya itu subjektif dan maksud kaya tidak sama bagi setiap orang.

Namun pengertian kaya yang terbaik ialah ada duit yang tidak akan habis, harta-benda keliling pinggang dan kesihatan tahap optimum serta banyak masa untuk beribadah dengan selesa.

Bukan itu sahaja, kekayaan yang terhasil ini mengheret pemiliknya ke dalam syurga ketika di akhirat kelak.

Orang kaya yang jadi paling ideal di dunia ini ialah mereka yang hidup penuh bahagia, tenang dan paling banyak memberi manfaat kepada orang lain.

Persoalannya kini, bagaimana untuk menjadi orang kaya ?

Maka sebab itu wajar dan disarankan membaca buku kedua tulisan Tuan Roslan Wan Salleh iaitu Kuasai Tabiat Orang Kaya.

Penulis pernah bekerja di TNB dan kini sudah bersara untuk menjadi usahawan, pelabur hartanah, mentor dan penceramah bebas dalam bidang pengurusan kewangan.

Dengan mengetahui dan mencontohi tabiat orang kaya, paling tidak pun pembaca pasti teruja untuk jadi orang kaya sebagai mana soalan yang saya bentangkan awal-awal tadi.

Ada empat kuadron untuk jadi orang kaya secara praktikal dan logikal 

Jangan main-main kerana ilmu ini berdasarkan pengalaman sebenar penulis dan bukan teori mahupun ilusi.

Penulis menekankan agar menceburi empat bidang ini untuk jadi kaya iaitu perniagaan, pelaburan hartanah, saham dan emas.

Kalau mampu kaut empat sekali gus.

Paling minimum sekali pun pilih salah satu daripadanya untuk menjejaki laluan orang kaya.

Tapi sebelum itu kita disarankan untuk menjana pelbagai pendapatan aktif, kukuhkan pendapatan pasif dan seterusnya kembangkan pendapatan sehingga wang boleh bekerja untuk tuannya dan bukan tuan bekerja untuk wang.

Kata-kata nasihatnya dalam buku ini akan membuat pembaca tidak senang duduk, hati gementar dan rasa keinsafan bertalu-talu.

Tak percaya, jom dapatkan sendiri naskah ini yang berharga RM47.90.

Ketebalannya cuma 365 muka surat dengan dipadatkan info, ilustrasi yang kreatif dan warna kertas yang berwarna-warni.

Penggunaan bahasa santai dan cara penulisan seolah-olah penulis bercakap dengan pembaca.

Bukan cakap kosong tetapi penuh hikmah, beralas dan beradab demi menjaga emosi kita sebagai pembaca hehehe.

Buku ini masih segar di pasaran kerana cetakan pertama pada tahun 2021.

Apa tunggu lagi..jom baca buku untuk jadi orang kaya. 



Catat Ulasan

16 Ulasan

  1. ulasan menarik untuk membaca buku ini

    BalasPadam
  2. takde pun nama sajat ke, dato seri vida ke, aliff syukri ke., huhuhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. mereka juga kaya tetapi ada lagi yang lebih kaya

      Padam
  3. Boleh try ni.. teringin nak jadi kaya heheheh

    BalasPadam
    Balasan
    1. hanya orang kurang normal sahaja tidak mahu kaya

      Padam
  4. semoga bermanfaat utk pembaca

    BalasPadam
  5. Nak tergelak baca komen wak lat

    BalasPadam
  6. Daripada 4 bidang dinyatakan, saya pernah ceburi bidang perniagaan. Saya akui kalau nak kaya, berniagalah. Tapi dengan dana dan ilmu secukupnya.

    BalasPadam
  7. Akak dpt kaya sikit je pun cukup lah. tak nak banyak2. risau lupa diri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kadang-kadang ada juga yang belum kaya boleh lupa diri

      Padam
  8. Wang bekerja untuk tuannya.. saya suka! Semoga kita semua dilimpahkan rezeki berganda. Amin!

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin....semoga kita semua sukses dlm hidup ini

      Padam