Header Ads Widget

Ulasan buku: Masyarakat Melanau

Cukup lama saya tidak menulis ulasan buku biarpun masih meneruskan tabiat membaca buku.

Terdetik dalam hati, mengapa tidak menulis ulasan buku lagi sebagai koleksi peribadi.

Tarikh terakhir saya menerbitkan artikel ulasan buku pada 4 Februari 2021.

Wah..sudah setahun berlalu.

Kita tinggalkan kisah tersebut.

Buku yang saya ulas ini berkaitan bangsa Melanau hasil karya Dr Jeniri Amir.

Tajuknya ringkas iaitu Masyarakat Melanau.

Dengan ketebalan 224 halaman seperti nipis tetapi amat padat kerana dicetak menggunakan saiz huruf yang kecil.

Buku ini diterbitkan pada tahun 2022 oleh Wafira Enterprise.

Cetakan pertama pada tahun 2015 dengan tajuk Masyarakat Melanau Di Sarawak.

Bagaimana pun saya hanya sempat membaca cetakan terkini dan bukan cetakan terdahulu.

Membaca, menghayati dan memahami buku ini cukup mengujakan.

Bayangkan segala fakta, kronologi, peristiwa dan catatan sejarah lengkap dan tersusun.

Yang pasti buku Masyarakat Melanau wajar dibaca dan diselidiki oleh para pengkaji budaya, pelajar dan sesiapa sahaja yang berminat.

Lebih-lebih lagi orang Melanau sendiri agar jati diri mereka terus kukuh dan terpahat kemas.

Jika tidak, budaya dan bahasa Melanau ini akan pupus ditelan zaman untuk generasi yang akan datang.

Proses amilasi atau kahwin campur di Sarawak sudah berlaku berkurun lamanya.

Tidak hairan generasi terkemudian semakin jauh dari budaya Melanau yang asli.

Bagaimana mahu mengatasi situasi ini kalau bukan belajar dari sejarah?

Ya, buku Masyarakat Melanau boleh disandarkan catatan silam yang bersejarah.

Catatan dari zaman bangsawan Melanau, pemerintahan Kesultanan Brunei, Zaman Rajah Brooke dan terakhir Kerajaan British sebelum dapat kemerdekaan bersama Tanah Melayu dan Borneo Utara. 

Saya cuba selitkan apa yang saya baca dan boleh ingat sampai ke hari ini dalam buku ini.

Asal kaum Melanau dikatakan dari pendalaman kawasan tengah Sarawak.

Demi survival dan tuntutan semasa, mereka mula berhijrah ke kawasan pesisiran sungai dan pantai.

Kini kaum Melanau sudah berserakan ke seluruh Sarawak, Malaysia dan dunia.

Orang Melanau menurut pihak sarjana atau pengkaji Barat memiliki rupa paras yang sangat tampan bagi lelaki dan sangat cantik bagi perempuan.

Mereka berkulit putih dan ada juga yang kuning langsat.

Kegiatan utama orang Melanau mengusahakan tanaman rumbia sehingga menjadikan Sarawak pengeluar sagu terbesar dunia suatu ketika dahulu.

Selain itu terkenal sebagai pelaut yang handal dan mahir pertukangan tangan.

Berdasarkan catatan buku ini juga, masyarakat Melanau terdiri daripada beberapa golongan dari bangsawan hingga ke hamba abdi.

Tetapi, kini golongan ini sudah tidak ada lagi dan boleh dikatakan sama rata tarafnya.

Yang berbeza, pendapatan berdasarkan kategori B40, M40 dan T20.

Ada banyak lagi kisah dan info menarik sebenarnya

Antaranya kisah bangsawan Melanau meletak jenazah dalam tiang kayu besar yang dikenali jerunai atau kelidieng. 

Lebih menyedihkan diletakkan bersama hamba abdi wanita sehingga mereka mati bersama.

Teruja tak nak tahu lebih lanjut..?

Begitulah pengisahan dan ulasan buku kali ini.

Buku Masyarakat Melanau boleh didapati di perpustakaan  dan sehingga kini belum lagi untuk dijual secara komersial.

Jumpa lagi.



Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. buku karya Dr Jeniri memang menarik dibaca

    BalasPadam
  2. Wah menarik juga ulasan dan cerita dari buku Melanau nie ya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih...kalau ada kesempatan boleh baca buku ini

      Padam
  3. Menarik juga buku ni pasal sejarah Melanau. Boleh baca utk pengetahuan am generasi muda terutama orang Melanau sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. orang Melanau memang wajar membaca buku berkaitan asal usul mereka

      Padam
  4. Padu a likou melanau. Apak kamei likou igan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ienlah..hahahaa..ako Melanau Dalat ori version ..tentu kaau bei tao bahasa Melanau Dalat

      Padam