Disebalik kesibukan saya bermain dan leka dengan imej dan video AI, saya tetap meneruskan hobi 'old school' ini iaitu membaca buku.
Buku Nota Kaya Halal: Tuhan, Aku Ingin Kaya merupakan genre yang sangat ringkas tetapi membawa mesej yang tepat lagi padat.
Hasil penulisan tuan Shahrul Nizam ini memang wajib dimiliki dan dihayati kepada mereka yang ada hati dan perasaan mahu jadi kaya.
Bagaimana mahu jadi kaya ?
Satu soalan dan persoalan yang sering bermain dalam benak fikiran.
Mungkin anda dan pastinya saya juga.
Demi mencari jawapan kepada pertanyaan atau persoalan tersebut sudah tentu buku yang setebal 528 muka surat bakal menemukan apa yang kita cari.
Jika tak percaya maka relakan diri untuk miliki buku ini yang masih segar dari ladang ini.
Ia baru diterbitkan pada tahun 2025 dan dibeli pula pada bulan September dalam tahun ini juga.
Harga dalam RM43 untuk senaskah sebagai pelaburan ilmu untuk minda serta jiwa.
Dari halaman pertama hingga halaman terakhir anda akan teruja dan terkesima dengan permainan bahasa oleh si penulis.
Maksudnya mudah faham, seronok dibaca dan boleh dirujuk sekerap yang mungkin,
Mengapa saya berani berkata demikian ?
Tak lain dan tak bukan kerana setiap helaian dalam buku yang bertindak seperti nota ini untuk ingatan setiap masa atau ketika.
Stail penulisan pula menggunakan dari tarikh dari 1 Januari dan berakhir 31 Disember.
Setiap tarikh dicatatkan nota, info, ilmu, petikan al-Quran dan al-Hadis.
Nampak unik dan berbeza daripada pelbagai buku di pasaran.
Adakah anda berminat untuk memiliki sebagaimana saya sudah memiliki buku Nota Kaya Halal: Tuhan, Aku Ingin Kaya.
0 Ulasan