Header Ads Widget

Pujuklah Hati - Edisi Istimewa


Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana saya berjaya untuk menghabiskan bacaan Pujuklah Hati - Edisi Istimewa karya Bonda Nor.

Buku ini setebal 524 muka surat dan diterbitkan pada tahun 2019 oleh Galeri Ilmu Sdn Bhd.

Pengakuan jujur dari saya mudah saja berkenaan buku ini, seronok dibaca dan senang dihadam untuk minda.

Topik besar berkaitan emosi, cara mengendali dan banyak juga diselit ayat-ayat al-Quran  dan petikan al-Hadis.

Manusia tidak akan lari untuk menerima ujian, dugaan dan cabaran dalam dunia yang fana ini. Dalam menghadapi ujian jangan lari tetapi hadap saja dengan jiwa yang tenang.

Ada tiga bahagian utama dalam buku ini.


Bahagian pertama banyak menceritakan kisah penulis sendiri, bahagian kedua pula pun hampir sama dengan bahagian pertama tadi. 

Namun dalam bahagian akhir pula kupasan dan coretan lebih serius dan sedikit panjang penjelasannya.

Apa-apapun kaum hawa amat wajar membaca buku ini kerana nada penulisan amat dekat kepada jiwa mereka.

Jika berminat boleh cari sendiri la ya.



Catat Ulasan

0 Ulasan