Header Ads Widget

Ulasan buku : Salafi

Salafi adalah buku novel Pixi yang menarik dibaca hasil tulisan Shaz Johar. Novel ini diceritakan secara 'flashback' oleh watak Fatihah atau Farrah.

Jalan ceritanya agak dramatik dan boleh diteka kesudahan cerita. Namun bagi pengemar novel, perkara ini bukan alasan untuk tidak membaca kisah yang mengangkat unsur keluarga, agama, persahabatan dan percintaan.

Dengan ketebalan 318 halaman dan berharga RM21.90 senaskah memang cukup berbaloi untuk dimiliki sebagai koleksi. 

Baiklah, saya ceritakan sedikit ulasan novel Salafi.

Watak utama ialah Fatihah. Seorang gadis kampung yang tinggal di bandar metropolitan bersama abang kandungnya yang sudah berumah tangga.

Kehidupan Fatihah dikongkong dan dikawal ketat oleh abangnya bernama Ari. Ari adalah suami kepada Kak Min dan mereka mempunyai seorang anak kecil.

Di bandar ini, Fatihah bekerja dengan syarikat Korea. Dari situ Fatihah atau nama panggilan pejabat Farrah mulai rapat dengan Kink dan Brian.

Watak-watak ini mewarnai jalan cerita Salafi sehingga pembaca tidak sanggup untuk tidak menghabiskan bacaan hingga ke halaman terakhir.

Nak tahu klimaks novel Salafi maka dapatkan senaskhah hari ini juga hehehe.

Sekian. Hingga kita jumpa lagi ke ulasan buku novel yang kedua nanti.

In shaa Allah.



Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. tebal novel ni n menarik citernya

    BalasPadam
  2. Hehe hendak juga tahu apa klimaksnya.

    BalasPadam
  3. Menarik jalan ceritanya, ya betul tu kena beli baru tahu pengakhirannya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh saja saya dedahkan di sini tapi tak adil untuk bakal pembaca yang nak tahu novel ini

      Padam
  4. Saya dah baca novel ini.. menariklah pada saya..

    BalasPadam