Header Ads Widget

Listen


Listen adalah buku yang santai dan wajar dibaca oleh semua. Tajuknya berbahasa Inggeris tetapi kandungan adalah himpunan cerita yang ditulis dalam bahasa Melayu.

Buku hasil garapan idea Nurul Amirah Abdul Rahim ada 42 bab. Setiap bab mewakili pelbagai benda yang seakan-akan boleh bercerita kepada manusia.

Misalnya kisah kaktus, cermin, gua dan banyak lagi.Bayangkan kalau kita faham bahasa mereka dan mereka pula boleh berbicara dengan kita. 

Sudah tentu dunia ini sangat menakjubkan. Kita seolah-olah berada di dunia fantasi yang tidak bertepi.

Buku ini diterbitkan pada tahun 2018 oleh Telaga Biru. Ada 247 halaman yang admin akui cukup mudah untuk dibaca sehingga halaman yang terakhir. Sebagaimana admin kata awal-awal tadi bahawa buku yang santai dan seronok dibaca.

Keseronokan membaca akan terasa kerana kisah-kisah tersebut amat dekat kepada kehidupan manusia itu sendiri. Ya, manusia dan cerita sentiasa bergandingan bersama.

Admin pilih satu bab untuk dikongsikan dalam ulasan ini. Bab tersebut berkaitan cincin. 

Semua orang kenal cincin kerana itu adalah lambang kasih sayang, cinta dan bahagia. Orang bertunang disarungkan cincin. Orang yang bernikah pun guna cincin. Apatah lagi cincin yang mahal harganya bertatah intan permata.

Cincin menceritakan bagaimana ia menjadi simbolik penyatuan dua jiwa yang diikat dengan pernikahan. 

" Aku disarungkan ke jari manis seseorang yang kini bergelar isteri. Pengantin tersenyum penuh makna. Raut wajah mempelai kelihatan sangat bahagia, Yang belum halal sudah dihalalkan. Amanah dan tanggungjawab sudah terpikul sama. Aku jadi saksi tanpa suara. Aku jadi pengantara debaran dan hangatnya cinta antara dua insan yang kini sah jadi suami dan isteri "

Oh ya, ada banyak lagi cerita menarik begini. Setiap cerita akan membawa pembaca untuk selami lantunan suara mereka. Sebab itu judul buku ini --Listen.

Mesej yang disampaikan juga jelas. Mereka mengajak kita jadi orang yang bersyukur, ingat kebesaran Allah. Malah wajib untuk sentiasa tunduk kepada perintah dan akur kepada Sang Pemilik segala benda di dunia ini.

Ringkasnya, amat berbaloi membaca naskah Listen. Admin sudah dan pembaca bila lagi. Harga dalam sekitar RM20.00 dan boleh cari di kedai buku. 



Catat Ulasan

18 Ulasan

  1. Wow menarik karya ni mengajak kita mendengar bisikan halus setiap kejadian alam fana

    BalasPadam
  2. Objek diberi suara atau sudut pandang.

    BalasPadam
  3. Tiba-tiba teringat masa sekolah dulu, kita ada juga kena buat karangan, kalau aku sebatang penyapu ke, basikal ke, sepasang kasut ke, haha.. kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bagus cara penulisan begini...boleh tingkatkan kreativiti tanpa batasan

      Padam
  4. Menarik sekali, satu buku banyak cerita seru.

    BalasPadam
  5. suka jugak baca buku himpunan cerpen :)

    BalasPadam
  6. Menarik gaya penulisan dia. suka baca contoh cincin tu. Membaca hal hal yang ada disekeliling kita secara tak lansung akan buat kita terfikir dan merasa bersyukur apa yang ada :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. inilah intipati dan mesej yang cuba untuk disampaikan penulis buku tersebut

      Padam
  7. Sesuai juga beli dan letak di rumah ni, anak pun boleh baca sama kan? Nampak macam tulisan tak berapa berat tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya amat sarankan budak-budak baca buku ini...

      sebab boleh meransang daya kreativti mereka

      Padam