Kewartawanan Dari Sudut Pandangan, Teori dan Praktis merupakan buku yang admin terima sewaktu mengikuti Bengkel Penulisan Rencana Dalam Talian oleh penulisnya, Dr Siti Suriani Othman baru-baru ini. Beliau merupakan pensyarah lulusan PHd. Kini menjadi tenaga pengajar di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).
Pernah menjadi tenaga pengajar jemputan di pusat pengajian tinggi di China dan Indonesia. Bukan itu sahaja pernah menjadi kolumnis di Berita Harian. Pengalaman dan kemampuannya dalam bidang ini memang mengujakan admin.
Buku yang setebal 186 muka surat ini mengandungi koleksi rencana beliau yang pernah tersiar dalam akhbar arus perdana dan portal dalam talian.
Buku yang diumpamakan 'masih segar dari ladang' ini diterbitkan pada tahun 2020 oleh AID Conference.
Ada dua bahagian.
Bahagaian pertama terdiri daripada 19 rencana yang berilmiah, berinfomasi dan menarik untuk santapan minda pembaca. Artikel tersebut bukan sekadar bahasa Melayu tetapi turut dimuatkan dalam bahasa Inggeris
Bahagian kedua pula memuatkan gambar-gambar beliau bersama para pelajar ketika membuat lawatan sambil belajar di beberapa syarikat media tempatan di Malaysia.
Cuma sayangnya gambar tersebut tidak berwarna. Yang ada gambar hitam dan putih. Gambar berwana lebih memberi feel kepada sesiapa yang melihatnya.
Sebagai peminat dunia media, admin amat menyukai buku koleksi rencana begini.
Informasi dan fakta yang ditulis padat, sesuai untuk dijadikan model penulisan agar setiap rencana yang tulis boleh menawan hati para editor untuk diterbitkan dalam akhbar atau portal.
Dari segi pengunaan bahasa dan pemilihan ayat, buku Kewartawanan Dari Sudut Pandangan memang admin salute habis terutama artikel. Ironinya ada hasil suntingan editor yang berpengalaman.
Admin amat sarankan sesiapa yang berminat untuk belajar menulis rencana boleh merujuk buku ini sebagai panduan.
Mungkin juga kepada pelajar dalam bidang komunikasi massa atau sesiapa sahaja tanpa mengira sesiapa pun latar belakang kita.
Semoga ianya bermanfaat dan sesiapa yang berminat untuk mendapatkan buku tersebut boleh follow Facebook Dr Siti Suriani Otman
16 Ulasan
Boleh pelajar tulis artikel.
BalasPadamjom la tulis artikel ..
Padamcari fakta dan ulas fakta berdasarkan angle yang kita mahukan
Boleh perbaiki bahasa dan penulisan kita yek.
BalasPadambetul tu...apa salahnya
Padamkalau bukan wartawan sesuai baca?
BalasPadamboleh tuan..
Padamsaya yang bukan wartawan pun baca hehehe
Buku yang menambah wawasan tentang kewartawanan
BalasPadamya betul tu
Padamsesuai utk mass comm ni.. banyak tunjuk ajar.
BalasPadamuntuk para wartawan memang boleh
PadamDimaa saya bisa mendapatkan buku ni.. hmm
BalasPadamboleh mesengger penulisnya di FB... Dr Siti Suriani Otman
Padamwah.. saya minat jugak bidang ni dulu :)
BalasPadamkalau boleh teruskan minat itu sehingga sekarang
PadamBagus sangat buat panduan peminat media massa dan penulisan :)
BalasPadamya sangat bagus...moga mereka dapat manfaatnya
Padam