Baru-baru ini admin berjaya habiskan bacaan buku "Jurnal Inspirasi Syukur" hasil tulisan Tuan Zuhairi Nopiah. Jujurnya buku yang setebal 149 muka surat ini tidak susah untuk dihabiskan. 

Buku ini berbentuk jurnal. Ada bahagian yang perlu diisi setiap hari sebagai tugasan selama 30 hari,

Naskah Jurnal Inspirasi Syukur telah diterbitkan pada tahun 2018 dan telah diulang cetak sebanyak empat lagi. Terbitan terbaharunya pada tahun 2019. 

Bukan calang-calang kalau sudah ada ulang cetak begini. Permintaan yang tinggi oleh para pembaca.


Bermula dari bulan Disember ini, admin akan ulangi bacaan buku ini. Bukan sekali gus tetapi setiap hari menggunakan bahagian demi bahagian.

In shaa Allah pada tahun 2021 nanti, admin akan lebih konsisten menulis kesyukuran setiap hari dengan penuh perasaan dan penghayatan.

Ironinya kita wajar bersyukur. Tidak boleh tidak. Orang yang bersyukur hatinya akan tenang, damai dan berlapang dada.

Mana tidaknya, orang bersyukur menghargai apa yang ada dan bukan menangisi apa yang tiada. Orang bersyukur akan ditambah nikmat dan orang tidak bersyukur akan jadi kufur......minta djauhkan.

Bagaimana untuk ekpressikan sifat syukur?  Buku ini ada jawapan kepada persoalan tersebut. 

Bukan sekadar teori tetapi lebih kepada praktikaliti.

Oh ya, setakat ini sahaja ulasan admin mengenai buku ini. Jika berminat untuk memiliki buku tersebut boleh hubungi 019-4158809.

Harga cuma RM45 senaskah. Jika tahu pelaburan ilmu berbaloi, harga ini bukan masalah lagi.  


p/s : Sempena tahun baharu yang bakal  menjelma tidak lama lagi, apa kita semua buat azam. Cuma pendekatan kali ini menggunakan LUA Dreamboard 2021. 

Maklumat lanjut boleh diperolehi melalui link >>> LUA Dreamboard 2021