Header Ads Widget

Percaya Sebelum Berjaya


Membaca buku “Percaya Sebelum Berjaya” bagaikan tidak puas dengan hanya membaca sekali. Perlu diulangi beberapa kali dan dihayati sepenuh hati.

Banyak cerita dan kisah menarik. Banyak ilmu dan informasi terbaik. 

Buku yang memberi inspirasi jiwa dan menguja minda.

Jujur, sesiapa yang membaca buku ini akan faham dan sedar bahawa untuk berjaya perlu ada kepercayaan.

Memang padan dengan judul buku ini, kita wajib percaya sebelum berjaya.


Admin akui cara penulisan Tuan Zuhairi Nopiah senang difahami. Mudah dicerna minda dan in shaa Allah boleh dipraktik segera.

“ Ilmu hanya datang pada orang yang mahu dan hasilnya ada pada orang yang bertindak ”

Itulah antara kata-kata azimat penulis dalam buku ini.

Buku yang setebal 246 muka surat ini telah diterbitkan pada tahun 2019 untuk cetakan keempat. Penulis  sendiri akui antara buku yang menjadi bestseller. Edisi pertamanya dicetak pada tahun 2017.

Alhamdulillah admin perolehi buku ‘Percaya Sebelum Berjaya’ dengan ditandatangani sendiri oleh penulisnya. Agak terkesan buat admin secara peribadi.



Ok, berbalik semula kepada ulasan buku.

Ada tujuh bab utama. Setiap bab dimuatkan dengan tajuk yang lebih kecil pula.

Buku ini membincangkan secara jelas. Malah lebih terperinci berkaitan Law of  Universal Attraction ( LUA).

Mungkin ada yang biasa konsep Law Of Attraction ( LOA). 

Bagaimanapun sebagai orang Islam kita wajib percaya bulat-bulat bahawa hanya Allah SWT sahaja yang berkuasa. 



Sebab itu konsep LUA jauh lebih baik daripada mempercayai LOA.

LUA - Allah sebagai sandaran paling berkuasa untuk makhbulkan permintaan doa manusia.

LOA - Alam yang bertindak untuk memenuhi hajat manusia dengan konsep tarikan.

Malah buku ini juga menyertakan tujuh teknik ampuh untuk menjadikan kejayaan benar-benar milik kita.

Bagaimana teknik tersebut hanya boleh dibaca dalam buku ‘Percaya Sebelum Berjaya’.

Baca, faham dan amalkan. In shaa Allah saya cukup yakin kejayaan sudah berada ditelapak tangan.

Sebagai sisipan berharga, pelbagai testimoni dari sosok terkenal turut berkongsi kisah kejayaan mereka dalam buku ini. 

Antaranya Dr Tengku Asmadi, Tuan Mohd Noor Mohd Tahir, Puan JM Miswan dan beberapa orang lagi.

Sebab itu admin cukup seronok membaca buku sebegini.

Kisah kejayaan dan kejatuhan mereka bagaikan ramuan paling mujarab sebagai tonik hati untuk kita cekal membina kejayaan tuntas.

Oh, ya. 

Naskah yang admin baca ini berharga RM70. Harga memang mengejutkan. Namun ilmu tidak setara dengan nilai yang kita bayar.

Admin bertuah kerana membeli dengan harga kasih sayang. Cuma admin tidak pasti adakah penerbit masih mengekalkan harga kasih sayang ini bukan bakal pembeli nanti.

Jika berminat boleh tanya sendiri dan admin berharap pembaca dapat manfaat dari ulasan buku pada kali ini.

Maklumat lanjut boleh hubungi 019-7191894

  • Kemas kini 8/1/23

Catat Ulasan

22 Ulasan

  1. Ilmu hanya datang pada orang yang mahu dan hasilnya ada pada orang yang bertindak. Kata-kata hikmah sangat hebat Mr Hanafi. Memberikan impak yg sgt kuat kepada org yg ingin berjaya. huhu. :)

    BalasPadam
  2. Percaya akan berjaya dengan izin Allah.
    Tidak lupa doa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. in shaa Allah...semoga mendapat apa kita nak..aamiin

      Padam
  3. mendalam maksudnya..percaya sebelum berjaya..
    kalau fikir secara logik..kita kena percaya apa yg kita buat
    apa yg kita mampu buat sebelum kecapi kejayaan..
    bila percaya..kejayaan tiba :)

    BalasPadam
  4. Balasan
    1. sesiapa yang rajin membaca akan tau la kenikmatan tersebut hehehe

      Padam
  5. buku motivasi terbaik dibaca memangkin semangat jaya

    BalasPadam
  6. Buku motivasi terbitan tahun 2017 ya kak, karena best seller jadinya dicetak ulang tahun 2019.

    Betul sekali, untuk berjaya maka kita perlu percaya diri dengan kemampuan diri sendiri.😀

    BalasPadam
    Balasan
    1. untuk cetakan 2019...sudah banyak pembaharuan ...itulah yang terbaik

      Padam
  7. Memang berguna membaca buku-buku motivasi untuk selalu mengingatkan diri sendiri tentang apa-apa yang perlu dipertahankan dan apa yang perlu diperbaiki.

    BalasPadam
    Balasan
    1. siapa yang berminat ..memang tak jemu baca buku beghini..

      Padam
  8. Buku yang bagus dan menarik untuk dibaca. Percaya sebelum berjaya.
    Makasih banyak sharing nya

    BalasPadam
    Balasan
    1. antara buku yang sangat bagus ...saya akui sendiri la

      Padam
  9. Besar juga ye impak selepas membaca buku ni. Memang tak rugi lah membeli walau harganya agak mahal juga. Tapi untuk ilmu tak rugi. Percaya sebelum berjaya bukan mudah. Dengan adanya ilmu dan jalannya, pasti berjaya dengan izin Allah.

    BalasPadam
  10. hendak berjaya perlu pegang
    dua perkara
    jangan malu
    jangan putus asa

    terbaik ilmu yg disampaikan

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya..betul juga tu.

      tiada cipta alasan juga..

      nak berjaya buat sahaja

      Padam
  11. Saya tahu Law of Attraction dari the Secret by Rhonda Byrne. Tapi dah tentu saya tukar dari universe ke Allah. Prinsipnya sama. What you believe, you can achieve.

    BalasPadam
    Balasan
    1. cara ini sangat digalakkan untuk orang Islam.

      Iktikad perlu dijaga dengan sebaik mungkin

      Padam