Membaca buku “Percaya Sebelum Berjaya” bagaikan tidak puas dengan hanya membaca sekali. Perlu diulangi beberapa kali dan dihayati sepenuh hati.

Banyak cerita dan kisah menarik. Banyak ilmu dan informasi terbaik. 

Buku yang memberi inspirasi jiwa dan menguja minda.

Jujur, sesiapa yang membaca buku ini akan faham dan sedar bahawa untuk berjaya perlu ada kepercayaan.

Memang padan dengan judul buku ini, kita wajib percaya sebelum berjaya.


Admin akui cara penulisan Tuan Zuhairi Nopiah senang difahami. Mudah dicerna minda dan in shaa Allah boleh dipraktik segera.

“ Ilmu hanya datang pada orang yang mahu dan hasilnya ada pada orang yang bertindak ”

Itulah antara kata-kata azimat penulis dalam buku ini.

Buku yang setebal 246 muka surat ini telah diterbitkan pada tahun 2019 untuk cetakan keempat. Penulis  sendiri akui antara buku yang menjadi bestseller. Edisi pertamanya dicetak pada tahun 2017.

Alhamdulillah admin perolehi buku ‘Percaya Sebelum Berjaya’ dengan ditandatangani sendiri oleh penulisnya. Agak terkesan buat admin secara peribadi.



Ok, berbalik semula kepada ulasan buku.

Ada tujuh bab utama. Setiap bab dimuatkan dengan tajuk yang lebih kecil pula.

Buku ini membincangkan secara jelas. Malah lebih terperinci berkaitan Law of  Universal Attraction ( LUA).

Mungkin ada yang biasa konsep Law Of Attraction ( LOA). 

Bagaimanapun sebagai orang Islam kita wajib percaya bulat-bulat bahawa hanya Allah SWT sahaja yang berkuasa. 



Sebab itu konsep LUA jauh lebih baik daripada mempercayai LOA.

LUA - Allah sebagai sandaran paling berkuasa untuk makhbulkan permintaan doa manusia.

LOA - Alam yang bertindak untuk memenuhi hajat manusia dengan konsep tarikan.

Malah buku ini juga menyertakan tujuh teknik ampuh untuk menjadikan kejayaan benar-benar milik kita.

Bagaimana teknik tersebut hanya boleh dibaca dalam buku ‘Percaya Sebelum Berjaya’.

Baca, faham dan amalkan. In shaa Allah saya cukup yakin kejayaan sudah berada ditelapak tangan.

Sebagai sisipan berharga, pelbagai testimoni dari sosok terkenal turut berkongsi kisah kejayaan mereka dalam buku ini. 

Antaranya Dr Tengku Asmadi, Tuan Mohd Noor Mohd Tahir, Puan JM Miswan dan beberapa orang lagi.

Sebab itu admin cukup seronok membaca buku sebegini.

Kisah kejayaan dan kejatuhan mereka bagaikan ramuan paling mujarab sebagai tonik hati untuk kita cekal membina kejayaan tuntas.

Oh, ya. 

Naskah yang admin baca ini berharga RM70. Harga memang mengejutkan. Namun ilmu tidak setara dengan nilai yang kita bayar.

Admin bertuah kerana membeli dengan harga kasih sayang. Cuma admin tidak pasti adakah penerbit masih mengekalkan harga kasih sayang ini bukan bakal pembeli nanti.

Jika berminat boleh tanya sendiri dan admin berharap pembaca dapat manfaat dari ulasan buku pada kali ini.

Maklumat lanjut boleh hubungi 019-7191894

  • Kemas kini 8/1/23