Header Ads Widget

Sejarah Umat Islam [Edisi Kemas Kini]

 


Dalam banyak buku yang pernah saya baca, buku Sejarah Umat Islam [Edisi Kemas Kini] antara paling lama untuk dihabiskan hingga ke muka surat terakhir. Dengan ketebalan 1059 muka surat memang tidak dinafikan bahawa rasa bosan juga kerana gaya bahasa aras tinggi digunakan.

Penulisnya Hamka sebagai nama pena bukan asing lagi kepada pencinta ilmu di Nusantara ini. Buku yang diterbitkan pada 2018 dan kini sudah ada cetakan kesembilan untuk 2024.

Bab pertama berkisar kepada penceritaan Tanah Arab, kawasan sekitar dan seterusnya ke kisah Tanah Melayu iaitu Johor pada bab terakhir sekali pada Abad 17 lagi.

Sudah tentu buku ini untuk para pengkaji sejarah, pelajar PHd  dan sebagainya.

Untuk orang awam macam saya memang tidak sanggup untuk mentelaah sehingga benar-benar faham.

Cukuplah sekadar tahu dan mungkin juga rujukan seimbas lalu jika ingin mendapat info pada masa yang akan datang.


Sungguh banyak fakta  dan ilmu yang boleh digali dalam urusan pengembangan Islam. Begitu juga kisah-kisah pemerintah dan raja-raja ketika zaman tersebut.

Antara info yang cukup saya suka kisah Para Sahabat yang dirakam dengan penuh detail biarpun bahasa yang diguna jarang dijumpa dalam buku yang biasa.

Biasalahkan, buku ilmiah memang direka untuk menyampai ilmu seberapa yang banyak dan padat dalam helaian kertas.

Dengan perlahan-lahan saya akhirnya berjaya juga menghabiskan buku Sejarah Umat Islam [Edisi Kemas Kini] dengan rasa puas.

Harga di pasaran ketika ini ialah RM62.00 senaskah. Bukan saya yang beli tetapi anak saya yang lelaki.



Catat Ulasan

0 Ulasan