Header Ads Widget

Rahsia Pengutip Sampah Jadi Jutawan


Buku Rahsia Pengutip Sampah Jadi Jutawan.bakal mengejutkan pembaca semua.Nak tahu tak, lanjutkan pembacaan ulasan buku ini.

Kemiskinan dan kekayaan mempunyai garis sempadan  berbeza.Hidup miskin dihina manakala hidup kaya dipandang mulia oleh kebanyakan manusia.

Kehidupan insan yang miskin tegar berubah menjadi kaya raya melatari tema buku ini.

Saya sebagai pembaca amat tersentuh hati dengan kisah seorang insan bernama Tuan Mohamad Azlan.

Sememangnya tiada siapa menduga seorang yang pernah menjadi pengutip sampah boleh berjaya bergelar jutawan.Itulah kisah Mohamad Azlan yang berada pada titik paling bawah kehidupan suatu ketika dahulu berjaya meletakkan diri pada peringkat tertinggi.

Mohamad Azlan lahir daripada keluarga miskin tegar yang mempunyai 16 orang beradik.Pernah tidak makan dengan cukup.Makan berlauk budu, ikan kering dan seadanya untuk mengalas perut yang kelaparan.



Semasa di sekolah Mohamad Azlan merupakan pelajar tercorot dan rendah diri.Pernah kena buang sekolah kerana masalah disiplin.Bahkan pernah dicaci dan dihina gara-gara hidup miskin.

Dahsyatnya kemiskinan tersebut telah membelit kehidupan Mohamad Azlan sekeluarga.Namun mereka tidak berputus dan sentiasa mensyukuri apa-apa yang ada.

Habis zaman persekolahan Mohamad Azlan menyambung belajar di Universiti Kehidupan.Belajar jerih payah dan mengenal apa erti gigih, kerja keras dan semangat waja dalam mencapai sesuatu.

Pernah juga menyambung pengajian di kolej namun pada tidak sampai ke penghujung.Ini gara-gara keinginannya untuk membantu keluarga semakin membuak-buak.

Bermula dari situ Mohamad Azlan cuba pelbagai pekerjaan.Berpindah dari satu tempat ke satu tempat untuk mendapat penghidupan yang terbaik.

Pengutip sampah merupakan pekerjaan yang cukup meruntun hati.Beliau lakukan demi membantu keluarga yang masih dibelit kemiskinan yang belum berkesudahan.

Pada satu hari emaknya menangis dan menitis air mata melihat poket baju Mohamad Azlan berisi ulat-ulat sampah.Hati siapa yang tidak hiba melihat anak kesayangan begitu gigih mencari duit untuk membantu keluarga.

Titik tolak kejayaan Mohamad Azlan berlaku apabila beliau cuba keluar dari rumah dengan berbekalkan hanya RM1.30 sahaja.Fikirannya buntu dan bingung memikirkan hendak ke mana hala hidup selepas itu.Beliau menangis sepuas hati dan akhirnya sedar tiada sesiapapun boleh membantu kecuali Allah.

Ketika dalam keadaan yang buntu begitu, Mohamad Azlan telah diketemukan dengan seseorang.Insan ini menawarkan pekerjaan kepada Mohamad Azlan sebagai ejen tanah lot.

Benarlah kata ramai orang, rezeki tidak pernah salah alamat.Pekerjaan barunnya sebagai ejen tanah lot ini telah membawa titik perubahan kepada Mohammad Azlan.Kejayaannya mendapat komisyen sebanyak RM4000 begitu besar sekali.Selepas itu Mohamad Azlan tidak menoleh belakang lagi.

Usaha, masa dan tenaga terus dicurah dalam bidang hartanah telah menbawa Mohamad Azlan Al Amin mencatat nama sebagai jutawan muda.

Adakah kejayaan ini mudah dan sekelip mata?

Apakah formula di sebalik kejayaan ini ?

Hanya selepas membaca buku Rahsia Pengutip Sampah Jadi Jutawan anda mengetahuinya dengan jelas.Bukan itu sahaja anda bakal terinspirasi bahawa yang bulat tidak akan datang bergolek dan yang pipih tidak akan datang melayang.

Selamat membaca dan semoga berjaya semua.



Info tambahan.

Penulis: Riduan Makhtar

Tahun terbit: 2020

Halaman : 294 muka surat

Harga : RM38

Biodata penulis :

Penulis berasal dari Kelantan dan memiliki Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Ijazah dalam bidang Bahasa Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau cukup aktif berkarya untuk rujukan pelajar, blog dan artikel yang berkaitan dengan kepakaran.

Buku ini merupakan hasil tulisan pertama beliau.

Catat Ulasan

28 Ulasan

  1. Ya mengadu kepada Allah sungguh-sungguh. Insya Allah sabar dan percaya Allah akan bantu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sepatutnya kita begitu...

      berserah dan bertawakal hanya kepada Allah

      Padam
  2. Buku ini layak dibaca dan menjadi motivasi untuk mengubah nasib. Melalui buku ini. kita pasti diajak untuk terus belajar jika kita bersungguh-sungguh menjadi lebih baik, pasti ada jalannya. Intinya buku ini memotivasi agar tidak patah semangat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya betul tu..

      hanya mereka yang bekerja keras boleh jumpa kejayaan dalam hidup mereka

      Padam
  3. Menarik sekali buku ini. Sepertinya akan memberikan semangat untuk terus berusaha mencari nafkah yang halal walaupun terasa berat bagi pembacanya. Karena Allah Maha Pemberi Rezeki dan sesuai kata orang rezeki tak pernah salah alamat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang begitu...rezeki tidak pernah salah alamatnya

      Padam
  4. Menarik juga cerita diatas Yaa pada intinya semua mahluk yang diciptakan tuhan tidak ada yang sia2.

    Dan apapun Rezeki yang tuhan berikan akan ada hikmahnya tergantung bagaimana kita menjalankan dan mensyukuri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wajarnya memang begitu..

      usaha perlu juga untuk rezeki yang mantap dan doa untuk keberkatan rezeki

      Padam
  5. bila Allah nak kasi rezeki kepada hambaNYa..

    BalasPadam
    Balasan
    1. sebelum dapat rezeki begitu...akan kena uji terlebih dahulu

      Padam
  6. serahkan semuanya ke Allah, agar rezeki kita lancar :)

    BalasPadam
  7. Saya pernah baca buku tentang penjual cendol yang jadi kaya. Inspiring betul cerita yang macamni, nak jadi macam mereka tapi tak mampu lagi..hurm

    BalasPadam
    Balasan
    1. mampu la awak..cuma masa dan cara je yang belum jumpa hehehe

      Padam
  8. Betul, rezeki tak pernah salah alamat. Allah dah atur elok-elok hidup kita. Yang penting usaha dalam mencari rezeki yang halal. InshaAllah Allah bantu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya..semoga kita semua murah rezeki dan jamgan keputusan terutama dalam keadaan yang amat mencabar sekarang

      Padam
  9. Itulah Allah nak tunjukkan bahawa apa jg kerja yang halal pasti merai keberuntungan kiranya kerja keras sentiasa. Subahanallah

    BalasPadam
    Balasan
    1. siapa yang bekerja keras pasti ada hasilnya..

      jangan risau

      Padam
  10. Berusahalah, dan berodalah...InshaALLAH....yang penting, tak sombong..dan tak malas...hoho

    BalasPadam
  11. ada formula lain ke selain berusaha, belajar, berdoa ? hee~ bagus buku ni.. saya akan cuba dapatkan untuk menjadi salah satu koleksi BUKU SEMANGAT saya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ada....dengan berselawat

      cuma saya belum dibuktikan lagi hehehe

      Padam
  12. Antara buku yang saya dah masukkan dalam wishlist. Cuma masih berkira-kira untuk beli. Lepas baca review ni, rasa nak terus cari pulak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahhahaa...wow tak sangka ramai juga yang suka mengumpul buku..alhamdulillah

      Padam