Buku Rahsia Pengutip Sampah Jadi Jutawan.bakal mengejutkan pembaca semua.Nak tahu tak, lanjutkan pembacaan ulasan buku ini.

Kemiskinan dan kekayaan mempunyai garis sempadan  berbeza.Hidup miskin dihina manakala hidup kaya dipandang mulia oleh kebanyakan manusia.

Kehidupan insan yang miskin tegar berubah menjadi kaya raya melatari tema buku ini.

Saya sebagai pembaca amat tersentuh hati dengan kisah seorang insan bernama Tuan Mohamad Azlan.

Sememangnya tiada siapa menduga seorang yang pernah menjadi pengutip sampah boleh berjaya bergelar jutawan.Itulah kisah Mohamad Azlan yang berada pada titik paling bawah kehidupan suatu ketika dahulu berjaya meletakkan diri pada peringkat tertinggi.

Mohamad Azlan lahir daripada keluarga miskin tegar yang mempunyai 16 orang beradik.Pernah tidak makan dengan cukup.Makan berlauk budu, ikan kering dan seadanya untuk mengalas perut yang kelaparan.



Semasa di sekolah Mohamad Azlan merupakan pelajar tercorot dan rendah diri.Pernah kena buang sekolah kerana masalah disiplin.Bahkan pernah dicaci dan dihina gara-gara hidup miskin.

Dahsyatnya kemiskinan tersebut telah membelit kehidupan Mohamad Azlan sekeluarga.Namun mereka tidak berputus dan sentiasa mensyukuri apa-apa yang ada.

Habis zaman persekolahan Mohamad Azlan menyambung belajar di Universiti Kehidupan.Belajar jerih payah dan mengenal apa erti gigih, kerja keras dan semangat waja dalam mencapai sesuatu.

Pernah juga menyambung pengajian di kolej namun pada tidak sampai ke penghujung.Ini gara-gara keinginannya untuk membantu keluarga semakin membuak-buak.

Bermula dari situ Mohamad Azlan cuba pelbagai pekerjaan.Berpindah dari satu tempat ke satu tempat untuk mendapat penghidupan yang terbaik.

Pengutip sampah merupakan pekerjaan yang cukup meruntun hati.Beliau lakukan demi membantu keluarga yang masih dibelit kemiskinan yang belum berkesudahan.

Pada satu hari emaknya menangis dan menitis air mata melihat poket baju Mohamad Azlan berisi ulat-ulat sampah.Hati siapa yang tidak hiba melihat anak kesayangan begitu gigih mencari duit untuk membantu keluarga.

Titik tolak kejayaan Mohamad Azlan berlaku apabila beliau cuba keluar dari rumah dengan berbekalkan hanya RM1.30 sahaja.Fikirannya buntu dan bingung memikirkan hendak ke mana hala hidup selepas itu.Beliau menangis sepuas hati dan akhirnya sedar tiada sesiapapun boleh membantu kecuali Allah.

Ketika dalam keadaan yang buntu begitu, Mohamad Azlan telah diketemukan dengan seseorang.Insan ini menawarkan pekerjaan kepada Mohamad Azlan sebagai ejen tanah lot.

Benarlah kata ramai orang, rezeki tidak pernah salah alamat.Pekerjaan barunnya sebagai ejen tanah lot ini telah membawa titik perubahan kepada Mohammad Azlan.Kejayaannya mendapat komisyen sebanyak RM4000 begitu besar sekali.Selepas itu Mohamad Azlan tidak menoleh belakang lagi.

Usaha, masa dan tenaga terus dicurah dalam bidang hartanah telah menbawa Mohamad Azlan Al Amin mencatat nama sebagai jutawan muda.

Adakah kejayaan ini mudah dan sekelip mata?

Apakah formula di sebalik kejayaan ini ?

Hanya selepas membaca buku Rahsia Pengutip Sampah Jadi Jutawan anda mengetahuinya dengan jelas.Bukan itu sahaja anda bakal terinspirasi bahawa yang bulat tidak akan datang bergolek dan yang pipih tidak akan datang melayang.

Selamat membaca dan semoga berjaya semua.



Info tambahan.

Penulis: Riduan Makhtar

Tahun terbit: 2020

Halaman : 294 muka surat

Harga : RM38

Biodata penulis :

Penulis berasal dari Kelantan dan memiliki Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Ijazah dalam bidang Bahasa Melayu di Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau cukup aktif berkarya untuk rujukan pelajar, blog dan artikel yang berkaitan dengan kepakaran.

Buku ini merupakan hasil tulisan pertama beliau.