Sudah lama admin mencari buku Mudahnya Menjemput Rezeki.Alhamdulillah diketemukan di sebuah kedai tanpa sengnaja.

Inilah dinamakan rezeki.

Admin mencari buku ini kerana admin sudah membaca versi kedua bertajuk Mudahnya Menjemput Rezeki 2 hasil tulisan Tuan Fathuri Sallehudin.

Buku versi pertama telah diterbitkan pada tahun 2012 dan telah diulang cetak pada tahun 2015.

Lihat betapa larisnya buku tersebut dalam memenuhi permintaan pembaca.

Membaca tulisan Tuan  Fathuri Salehuddin tidak pernah mengecewakan.Hasil garapan idea, pandangan  dan buah fikiran beliau cukup berkesan dalam hati.

Dengan ketebalan 184 halaman dan mengandungi 40 bab cukup bernilai untuk pembaca terutama dalam memahami konsep rezeki secara tuntas.

Penulis juga mengisahkan pengalaman peribadi beliau dalam menghadapi zaman sukar dan getir.



Pada ketika itu beliau cuba mengamalkan beberapa teknik yang mudah untuk menjemput rezeki.Hasilnya memang berkesan dalam memantapkan lagi keyakinan bahawa ilmu dalam buku ini bukan calang-calang.

Terbukti dan ada hasilnya.

Admin ulas sedikit perkara pokok dalam buku yang menarik ini.Antaranya konsep mencari rezeki dan menjemput rezeki.

Mencari rezeki memang digalakkan namun ada tapinya.

Hasil dari mencari rezeki ada dua kemungkinan.Dapat dengan tidak.

Menjemput rezeki lain pula ceritanya.

Hasil menjemput rezeki pasti ada dan itu sudah janji Allah dalam al Quran.

Ada 11 cara menjemput rezeki.Antaranya takwa, solat, zikir bersedekah dan lain-lainya.Penerangan lanjut boleh baca dalam buku ini.Admin tak mampu huraikan dengan panjang lebar.

Hanya penulis asal yang mampu menyampaikannya dengan lebih jelas dan baik.

Jangan lupa cari buku ini dan kalau terjumpa itu memang rezeki anda yang menginginkan perubahan hidup yang hebat dalam tahun 2020 ini.