Header Ads Widget

Apa Itu Syiah



Sebelum menulis review buku “ Apa Itu Syiah” admin telah berfikir 18 kali dan akhirnya pada kali ke 19 barulah berani membuat keputusan.

Admin buat keputusan mengulas buku ini kerana isi kandungannya bukan menyokong fahaman Syiah.Sebaliknya menerangkan kewajaran ahlul sunnah wal jamaah menentang fahaman Syiah yang diakui sesat. 

Buku ini cukup nipis.Ada 64 halaman dan dicetak pada tahun 2005.Penulisnya pula Prof Dr H.M Rasjidi.Sayangnya buku ini tidak menyertakan info lengkap penulis.

Ada beberapa amalan yang terang-terang membuktikan fahaman Syiah jauh tersasar dari ajaran Islam yang syumul.



1.Nikah Muta’ah

Dalam bahasa mudahnya nikah muta’ah ialah nikah kontrak.Suami dan isteri boleh berpisah dalam tempoh tertentu tanpa perlu lafaz talak.

Selain itu tiada tuntutan sama ada pihak suami kepada isteri atau sebaliknya.Ia jelas memberi implikasi ekploitasi kepada golongan wanita.

2.Menolak tiga khalifah al-Rasidin kecuali saidina Ali.

Puak Syiah menganggap hanya Saidina Ali sahaja yang layak memang jawatan tersebut selepas kewafatan nabi junjungan besar, Rasululullah saw.

3.Mengagungkan keturunan dari susur galur Nabi Muhammad

Kemuliaan seseorang mukmin tidak diukur dengan keturunan dan bangsa.Sebaliknya ditentukan dengan ketakwaan dan amal soleh.Sayangnya fahaman Syiah mengangkat Saidina Ali dan keturunan sebagai suci dan tinggi.


Ada banyak lagi dan admin rasa itu sudah cukup kerana ahlul sunah wal jamaah sudah menetapkan beberapa puak Syiah yang extrem sudah keluar dari akidah Islam.

Moga review yang ringkas ini memberi kefahaman kepada kita bahawa syiah ditolak dengan sekeras-kerasnya di Malaysia.


Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Bahayanya syiah ini, sekarang sedar meresapi pemikiran muslim yang lain. Allahu. Semoga kita semua dijauhkan dari perkara begini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. jika kita ada pegangan agama yang kukuh..

      fahaman sesat begini mudah untuk ditempis

      Padam
  2. Terima kasih akan reviewnya. Kita perlu mengetahui tentang apa itu Syiah. Karena yang ditakutkan, kita atau orang-orang terdekat tanpa sadar sudah terpapar dengan paham menyimpang ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. sama-sama.

      moga kita lebih berhati-hati agar tidak tersesat dengan apa jua fahanan yang sesat

      Padam
  3. good sharing as always. thnk youuu

    BalasPadam
  4. semoga kita berada dilandasan yang betul...dan penting untuk kita pastikan siapa guru2 kita, siapa guru2 anak2 kita.

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin dan semoga pendedahan ini bermnanfaat untuk kita semua

      Padam
  5. Rasa amal ibadah pun ada yang lain. Betulkan saya kalau saya silap.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya memang ada...

      boleh juga rujuk artikel yang lainnya

      Padam