Header Ads Widget

Vaksin Antara Babi, Yahudi & Konspirasi



Membaca buku “Vaksin Antara Babi, Yahudi & Konspirasi” bukan perkara mudah.Namun menjanjikan kepuasan minda.

Ada beberapa isu hangat suatu dahulu iaitu gerakan anti-vaksin telah mengerakkan admin untuk membaca buku ini dengan serius.

Pelbagai persoalan yang bermain di minda admin akhirnya terjawap melalui penulisan Tuan Prof.Dr. Azizi Ayob  ini.Beliau telah mengupas dengan mendalam sejarah, proses, prosedur dan keperluan vaksin dalam dunia perubatan moden manusia.

Penulis bukan calang-calang orang.Beliau adalah orang yang paling layak membicarakan hal-hal vaksin di Malaysia.Sebab kepakaran beliau sebagai doktor perubatan dan profesor farmakologi.

Buku ini cuma 152 halaman dan diterbitkan oleh Publishing House pada tahun 2017.Harga dalam RM15 senaskah.



Dengan penjelasan yang ilmiah dan mendalam admin pasti pembaca suka buku ini.Apatah lagi pendekatan buku ini yang telah menyangkal dakwaan yang tidak berasas seperti isu doktor dimanipulasi syarikat farmaseutikal, kempen Anti-Vaksin dan konspirasi  Yahudi dalam bidang perubatan.

Isu serius tetapi dibongkar dengan cara bersahaja yang berfakta sahih.

Admin berharap masyarakat di luar sana tidak terus meneruskan menularkan maklumat salah dan mengelirukan.Rujuk fakta yang dikeluar oleh pihak yang berautoriti seperti pakar perubatan dan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Beli buku seperti  “Vaksin Antara Babi, Yahudi & Konspirasi” sebagai sumber rujukan yang sahih.

Sekian.Terima kasih kerana sudi membaca dan jangan lupa share pada mereka yang memerlukan.



Catat Ulasan

8 Ulasan

  1. Yang kurang faham atau nak lebih faham tentang vaksin ni memang patut baca kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya..betul tu.

      sekurangnya selepas melepas membaca..akan lebih faham

      Padam
  2. Vaksin yang halal tentu lebih utama daripada sesuatu yang subhat bahkan haram. Dulu mungkin darurat, jadi digunakan yang haram, tapi saya kira sekarang banyak inovasi untuk menciptakan vaksin yang halal

    BalasPadam
    Balasan
    1. selagi yang betul-betul halal belum jumpa...guna sahaja vaksin yang sedia ada.

      hukum adalah harus

      Padam
  3. Mesti ramai dotor suka buka ni. Senang nak bagi penjelasan

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu sudah sepatutnya..kerana penulisan ini bersifat ilmiah juga

      Padam
  4. Isu berat ni. Tapi itulah kadangkala banyak dah medium kita guna untuk sebarkan isu ni. Tapi sesetengah orang masih anggap tak betul.

    BalasPadam