Membaca buku “
Kuasa Kepemimpinan Al- Fateh Edisi 2017 ” membuka paradigma minda admin tentang sejarah tokoh hebat ini.
Sebelum ini admin memang ada terbaca siapa Sultan Muhammad Al-Fateh.Sejarah kegembilangan beliau yang berjaya menawan Kota Konstantinopel pada tahun 1453M telah mengegarkan peta dunia Barat dan Timur sehingga ke hari ini.
Kota Konstantinopel amat kukuh dan terlalu mustahil untuk ditawan mana-mana kuasa luar.Sebanyak 29 percubaan untuk menawan tetapi semuanya berakhir dengan kegagalan.
Kota ini dilindungi oleh alam semulajadi yang strategik dan teknologi binaan yang kukuh pada zaman tersebut.
Luar kota dikelilingi parit yang luas dan dalam, ada dua binaan tembok yakni luar dan dalam yang tinggi dan tebal.
Bahagian laut pula dilindungi oleh rantai besi gergasi yang tidak boleh dirempuh oleh mana-mana kapal penceroboh.
Buku penulisan
Tuan Muhammad Syaari Abdul Rahman tidak sekadar memaparkan fakta sejarah.Sebaliknya beliau begitu bijak menganalisa bagaimana faktor kemenangan Sultan Muhammad A-Fateh ini boleh menawan kota yang dimiliki kerajaan Byzantine.
Kupasan beliau banyak menyentuh isu kepimpinan yang boleh kita teladani kerana Sultan Muhammad Al-Fateh adalah simbol kekuatan ilmu pengetahuan dan pengaruh spiritual.
Buku ini cuma berharga RM19 dan ketebalan cuma 208 halaman.Tidak rugi memilikinya sebagai bahan rujukan dalam proses mengkaji sejarah kegemilangan Islam yang berpusat di Usmaniah, Turki.
Sebelum itu mungkin kita ada tertanya-tanya mengapa perlu menyerang Kota Kostantinopel yang dikuasai Maharaja Byzantine.
Sebab utama kerana Maharaja Byzantine telah mengugat gugusan kerajaan Usmaniah ketika itu.Sultan Muhamad Al-Fateh cuba beberapa kali usaha diplomasi untuk berdamai.Sayangnya kerajaan tersebut memilih untuk berperang.
Rakyat yang berada di kota itu dizalimi dengan pengenalan cukai yang tinggi.Mereka hidup dalam keadaan tertekan dan ini menjadi faktor utama tiada sokongan padu mempertahankan kota mereka dari ditakluki oleh kerajaan Usamaniah ketika itu.
Ada banyak lagi kisah luar biasa yang wajar kita ketahui mengapa kota Konstantinopel yang kukuh dan hebat akhirnya boleh ditakluki oleh kuasa dari luar.Yang ini pembaca boleh dapatkan sendiri melalui buku tersebut.
Naskah buku “
Kuasa Kepemimpinan Al- Fateh Edisi 2017 “ boleh didapati secara online atau kedai buku berdekatan.
10 Ulasan
Antara tokoh Islam yang terkenal dengan kebijaksanaan. Yelah, perang bukan setakat pakai senjata. Kena guna minda dan diplomasi juga
BalasPadamya betul..
Padamperang penuh strategi untuk menawan musuh
Banyak ilmu boleh dapat dalam buku ni. Murah pun murah harganya.
BalasPadamsudah semestinya..
Padamterutama ilmu berkaitan kepimpinan
Al Fateh memang terkenal sebagai pemimpin yang cemerlang dan strategis yang hebat!
BalasPadamitu sudah semestinya...
Padammoga-moga menjadi sumber inspirasi kepada kita semua
buku mcm ni bagus untuk tambahkan pengetahuan
BalasPadamyalahkan..
Padammoga ramai yang sudi membaca buku..
walaupun membaca buku adalah aktiviti yang sangat mencabar
tokoh islam terkenal.. semoga buku2 ni dpt memberi manfaat
BalasPadamin shaa Allah..
Padambuku inspirasi dan motivasi dalam perjuangan umat