Mengurus Kerja & Waktu merupakan buku yang menarik untuk dibaca oleh sesiapa sahaja.

Malah subtajuk juga menarik iaitu “ Hanya Orang Sibuk Sahaja Ada Masa”.

Dalam sungguh maksudnya tu.

Biarpun buku ini diterbitkan pada tahun 2002 dan telah diulang cetak pada tahun 2007 tidaklah bermakna sudah tidak relevan lagi.

Penulisnya Tuan Ahmad Fadzli Yusof berjaya mengungkap persoalan masa dan kerja dengan baik.



Ada beberapa isu yang kita terlepas pandang tetapi dengan membaca buku, kita sedar bahawa perkara itu penting dan mustahak dalam mengurus masa seharian.

Dengan ketebalan 268 halaman dan telah dibahagi kepada 89 bab memanglah satu buku yang serius untuk dibaca namun mudah difahami isi kandungannya.

Banyak kisah hidup penulis dicatat dengan ada mesej terselit untuk diteladani pembaca.Inilah kekuatan buku tulisan Tuan Ahmad Fazdli Yusof.

Bagi admin pula suka dengan bab pertama lagi iaitu mengenali diri sendiri dan bab Jururawat dan Ubat Kudis.

Untuk pembaca yang lain pula, admin tidak tahu kerana hanya pembaca sendiri yang tahu di mana letakkannya kesukaan mereka.

Apa-apapun buku ini menjanjikan bagaimana pembaca boleh mengurus masa dengan bijak, memberi keutamaan yang betul pada masa yang sesuai dan banyak lagi.

Admin mencari  stok di online dan mendapati tidak terjual seperti biasa.

Kalau di perpustakaan mungkin ada dan boleh baca jika berminat untuk genre buku seperti ini.