Header Ads Widget

Pengurus Jualan




Buku bertajuk “Pengurus Jualan” merupakan buku lama yang telah diterbitkan pada tahun 1992.Admin pada masa itu masih dibangku sekolah lagi.Mungkin tengah sibuk mempersiapkan diri menghadapi SPM hehehe.

Intipati buku ini memanglah membicarakan tentang kerjaya Pengurus Jualan atau istilah biasanya sebagai Sales Manager.

Siapa dia pengurus jualan,apa skop tugas mereka dan bagaimana cabaran untuk menjadikan pengurus jualan satu kerjaya yang hebat.

Jawapan ada ditulis dalam buku yang senipis 105 halaman.Dengan garapan dan hasil tulisan Walter E.Vieira yang berpengalaman 25 tahun dalam bidang berkaitan.

Asalnya buku ini berjudul “Sales Manager” telah diterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu oleh pihak Dewan Bahasa Dan Pustaka.Buku asalnya telah diterbitkan pada tahun 1986 dan pada masa itu admin berada di sekolah rendah lagi.Budak hingusan dan kekampungan.

Ok.Kita tinggalkan hal yang merapu begitu.

Bagi admin yang pernah berkecimpung dalam bidang jualan, mengakui ilmu yang disampaikan dalam buku ini masih relevan dengan keadaan masa kini dan masa yang akan datang.

Sangat sesuai untuk dijadikan rujukan kepada mereka yang sudah berkecimpung dalam dunia perniagaan baik sebagai jurujual atau pengurus jualan dalam organisasi anda.

Antara ilmu yang sangat bagus untuk dipraktikan adalah mengenali ciri-ciri pengurus jualan yang terbaik.



Contohnya seperti berikut :

1.Ketua yang boleh memberi arahan

2.Pakar memujuk untuk peringkat atasan dan bawahan

3.Guru yang hebat untuk melatih jurujual.

Ada banyak lagi sebenarnya.Bahagian yang admin paling suka baca ialah profil kes.Penulisan seperti storytelling.

Rasanya itu sahaja perkongsian kali ini.Nantikan ulasan buku yang lain pula sama ada buku baharu atau buku lamanya.

Jumpa lagi dan terima kasih kerana sudi membaca.


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Banyak nak kena membaca ni kalau nak berbisnes. ilmu yang betul kena ada kan. bagus diterbitkan buku ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya..betul tu.

      sebelum bisnes...perbanyak ilmu agar memininumkan kerugian

      Padam
  2. klasiknya buku..tahun 92 saya baru darjah 1. hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha buku lama

      saya jumpa di dalam perpustakaan.

      Padam