Header Ads Widget

Formula Kekayaan



Formula Kekayaan adalah naskah buku yang berjaya admin baca dalam masa terdekat.Jujurnya buku ini antara buku yang menarik dan terbaik pernah admin baca.

Perkongsian idea yang bernas dan ilmu yang mantap oleh penulis dalam bidang pengurusan kewangan memang tidak mengecewakan.

Penulis buku ini, Puan Siti Eshah Md Rejab berasal dari Kedah.Beliau sudah bersara dari bekerja makan gaji dalam jurusan perakaunan.Kini  menjadi suri rumah yang menceburi pelaburan dan pedagang Bursa Saham Malaysia sepenuh masa.

Saranan admin wajib baca buku ini jika ada hasrat dan impian untuk menjadi kaya.

Bagaimana hendak menjadi kaya ?

Apakah formula dan caranya akan dijawap dengan cara tersendiri melalui buku yang berketebalan 150 mukasurat.

Jika anda pembaca tegar boleh habiskan dalam satu hari.Adalah elok kalau dibaca berulang-ulang supaya ilmu tersebut terus dipraktik dan bukan sekadar disimpan dalam fikiran.

Sementelahan pula buku ini  baharu diterbitkan dalam bulan Disember tahun 2018 oleh Telaga Biru Sdn. Bhd.Boleh dikatakan masih segar dari ladang.

Ternyata buku yang dibahagikan kepada lapan bab utama memang ringkas namun padat.Gaya bahasa yang mudah difahami dan dihadami oleh semua peringkat umur.

Pendek kata amat sesuai dibaca oleh ahli keluarga sama ada  ibu bapa dan anak-anak.



Ada tiga bab yang menjadi perhatian utama admin :

i.Strategi kewangan
ii.20 kesilapan kewangan
iii.Amalan menjemput rezeki

Ini tidaklah bermakna bab lain tidak penting.Setiap bab dikupas dan dihurai dengan begitu baik sekali.Admin amat suka pendekatan begini.

Jika hendak menjadi kaya mengapa takut untuk melabur buku yang berharga RM14 senaskah ini.Lagipun ilmu yang bakal anda dapat jauh lebih berharga dari nilai wang yang dilabur tersebut.

Kenapa?

Tak percaya ?

Untuk percaya sila dapatkan buku Formula Kekayaan hari ini juga.

Perkara yang boleh disegerakan mengapa pulak dilambatkan.

Betul tak ?

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Harga pun boleh tahan murah tu. why not beli satu untuk seisi keluarga membaca buku ilmu.

    BalasPadam
  2. Balasan
    1. betul tu...perbanyakkan baca buku..masa tdak terbuang begitu sahaja

      Padam
  3. semoga kaya di dunia dan akhirat.amin

    BalasPadam
    Balasan
    1. aamiin..

      buku ini masih ada dijual dekat kedai..

      sapa nak beli tu..boleh rebut sekarang sebelum kehabisan stok

      Padam