23.10.19

Misteri Tamadun Melayu Yang Hilang



Misteri Tamadun Melayu Yang Hilang merupakan buku sangat menarik pernah admin baca.

Konsep utama buku ini menyingkap rahsia asal usul peradaban tamadun bangsa Melayu yang dikatakan hilang oleh peredaran masa atau sengnaja dipadam oleh pihak tertentu.

Begitulah misteri yang bakal dikupas dan dihidangkan untuk pembaca.

Ramai sejarawan dan pakar arkeologi telah membincangkan isu ini.Mereka telah mengemukakan pelbagai teori dan menghuraikan bukti baik secara saintifik melalui penemuan beberapa artifak.

Ternyata penulisan Tuan Mahadzir Syed Ibrahim sangat seronok dibaca.Walaupun ketebalan buku ini ada 257 halaman tidak terasa tebal kerana asyiknya membaca.

Ada sembilan bab utama dan setiap bab membicarakan dengan penuh kritis dan analitis.Rasanya sesiapa yang minat sejarah dan misteri amat berpuas hati membaca buku.

Antara topik yang sangat menarik ialah kewujudan Empayar Lemuria, piramid di kawasan gugusan Melayu, asal usul bangsa Melayu dan misteri UFO.

Buku ini juga menguji akal admin untuk percaya atau tidak teknologi zaman dulu jauh lebih hebat daripada teknologi yang ada sekarang.

Admin terus dibelenggu misteri dan jika pembaca ingin mengetahui beberapa jawapan kepada misteri tersebut sila dapatkan buku ini dengan harga RM38.90 untuk Semenanjung dan Sabah/ Sarawak pula RM40.90

Berita baiknya buku Misteri Tamadun Melayu Yang Hilang adalah keluaran terbaru tahun 2019 oleh Hijjaz Recording Publishing.

Semoga bermanfaat dan jadikan membaca buku jambatan ilmu untuk ke akhirat.



Author:

14 ulasan:

  1. wow! teknologi zaman dulu lebih bagus ye. dalam buku pun menarik ada gambar²

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya susah nak percaya kalau teknologi dulu lebih baik dari sekarang..

      kalau ilmu misteri dan mistik..ya dulu memang kebih hebat

      Padam
  2. i beli pasal turki. seronok gak tgk ada gambar2 dalam tu. belum start baca pun lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bacalah sehelai demi helai..

      saya percaya dalam sebulan sudah selesai 30 halaman hehe

      Padam
  3. i used to love this kind of books when im in school.

    BalasPadam
    Balasan
    1. that good..

      readimg some book make you outstanding compare to other

      Padam
  4. banyak nye buku mr hanafi da baca.. =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tak delah..

      ada yang lebih baik dan lebih banyak lagi.

      bukan saya tetapi mereka hehehe

      Padam
  5. Wah! Yang Tamadun Melayu ni saya belum da lagi. Setakat ni yang ada tamadun dunia. Macam menarik buku ni. Bolehlah nak beli nanti. Thanks 4 sharing..

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya..memang patut dimiliki..

      banyak teori dan sejarah yang hebat

      Padam
  6. sarie jarang sangat nak baca buku macam ni. Mungkin kena baca banyak lagi buku genre sebegini. Asyik baca buku fiction aje kerjanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. membaca genre yang serius perlu minat yang tinggi..

      jika tidak..boleh berbulan-bulan nak habiskan

      Padam