Header Ads Widget

20 Tips Memilih Jodoh



Memilih jodoh tidak seperti memilih pakaian untuk dipakai atau makanan untuk dimakan.Prosesnya mencabar.Perlu dibuat dengan berhati-hati.

Atas keperluan tersebut Puan Amina Haji Nor telah menghasilkan buku kompak bertajuk 20 Tips Memilih Jodoh.Buku lejen ini sudah diterbitkan pada tahun 2000 lagi oleh Al-Hidayah Publishers.

Dengan hanya 98 halaman, admin percaya sesiapa sahaja sanggup baca buku ini.Nipis dan ringkas.Malah ada typo juga hehehe.

Admin ketika menulis ulasan buku ini masih solo.Jadi admin layak berpendapat buku ini sebagai nota untuk mencari jodoh mengikut garis panduan Islam.



Pilih jodoh bukan sekadar tangkap muat atau janji ada.Bak kata penulis buku ini sendiri tidak ada cara begitu dalam kamus Islam.

Perkahwinan adalah ikatan mulia yang menentukan sakinah till jannah.

Mencari dan memilih jodoh bukan hanya pada kaum pria semata-mata.Sebaliknya juga perlu penglibatan kaum wanita.

Tidak kisahlah sesiapa pun anda baik seorang teruna,dara,duda atau janda berpeluang untuk mengecap nikmat rumah tangga dengan jodoh yang sepadan dan sesuai.

Pilih bakal suami yang beragama dan berakhlak mulia.

Pilih juga bakal isteri yang sedemikian rupa.

Jika ciri-ciri asas sudah dipenuhi maka boleh beralih faktor bonus seperti kewangan yang mantap dan rupa yang menawan.

Sekiranya perkara asas belum ada dan faktor bonus juga tiada maka muhasabah diri untuk kembali mencapai perkara tersebut.

Untuk lebih jelas dan tegas lagi carilah dalam buku 20 Tips Memilih Jodoh ini.

Kalau admin tulis semua dalam blog lebih baik admin sahaja tulis buku hehehe.

Jumpa lagi dan selamat membaca.


Catat Ulasan

10 Ulasan

  1. Bagus di baca utk yg sedang mencari pasangan.. sedikit sebanyak boleh jadikan panduan.. hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan..

      baca sebagai panduan untuk mereka yang memerlukan

      Padam
  2. bagusnya....terutama bg yg belum mempunyai pasangan hidup....



    PS: alhamdulillah rezeki, kebetulan saya suka pemandangan menghijau, bukan hiruk pikuk bandar....

    BalasPadam
    Balasan
    1. mudah-mudahan bermanfaat kepada mereka yang memerlukan

      Padam
  3. jarang buku ilmiah nipis..Kalau nipis, ringkas tapi padat sangat berbaloilah

    BalasPadam
    Balasan
    1. buku nipis cepat habis dibaca dan boleh dirujuk beberapa kali

      Padam
  4. BACALAH...INFO YG DIBERI BOLEH DIJADIKAN PANDUAN KPD MEREKA YG SEDANG MENCARI PASANGAN HIDUP

    BalasPadam
    Balasan
    1. in shaa Allah itu yang terbaik..

      semoga bermanfaat kepada mereka yang masih single

      Padam
  5. betul tu. cari pasangan hidup bukan untuk tangkap muat saje. kita nak ikatan yang kekal sekali seumur hidup. insyaAllah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya..pilih yang terbaik dan akan dapat yang terbaik juga

      Padam