Ada kisah menarik di sebalik buku Jutawan Saham.Bagi admin jarang-jarang berlaku dan apabila dikenang balik agak melucukan.
Tanpa berlengah masa, admin mulakan cerita.
Admin ambil masa berapa hari untuk membaca hasil karya Azizi Ali bersama Bill Wermine.Buku yang diterbitkan pada tahun 2007 ini cukup lejen dalam membicarakan ilmu tentang saham.
Pada hari tersebut, admin sudah membaca sehingga ke halaman tengah.Mata mengantuk.Maklum sahaja waktu tengahari dan seusai solat Zuhur.
Secara tidak sedar, admin pun tertidur.Bangun sahaja dari tidur buku ini seolah-olah habis dibaca.
Oleh hal demikian admin ambil keputusan untuk buat ulasan sahaja setakat yang mampu.
Sejujurnya admin agak sukar untuk memahami buku informasi berkaitan saham.Namun gaya bahasa dan stail penulisan Tuan Azizi masih terbaik untuk menjelaskan perkara saham yang sukar difahami terutama admin.
Buku ini ada 13 bab dan ada 145 halaman.Hampir setiap bab ada graf dan carta untuk menerangkan konsep berkaitan saham.
Rupa-rupanya untuk bermain dengan saham bukanlah perkara mudah yang disangkakan.Pelbagai istilah wajib faham seperti dagangan Swing, Doji, Sekuriti, Niaga Hadapan dan lain-lain lagi.
Selain itu penulis berpesan agar menjaga kesihatan kerana tekanan dan spekulasi main saham cukup tinggi.Mana tidaknya melibatkan modal berbentuk duit.
Tidur yang cukup, makan makanan berkhasiat dan jangan abaikan senaman.Atasi emosi dan jangan bertindak melulu tanpa ada jangkaan bijak.
Biarpun kita bukan tuhan untuk mengetahui apa yang bakal berlaku pada masa hadapan.Sebaliknya tetapkan dengan konsep dasar meminimumkan risiko rugi berbanding menggandakan potensi keuntungan.
Admin menyarankan sesiapa yang berminat untuk melibatkan diri dalam dunia saham bolehlah menjadikan buku ini sebagai rujukan asas.Buku yang lain pula juga perlu memandangkan beberapa info sudah kurang relevan lagi.
Boleh cari buku di perpustakaan atau kedai buku dengan cetakan terkini.Yang ini jangkaan admin semata-mata.
Hdup ini perlu juga spekulasi.hehehe
12 Ulasan
Bangun ja dr tidur dah habis baca.. hehe..
BalasPadamNak main saham ni susah jg kan.. kena ada ilmu klu nak menceburkan diri.. buku ni sesuai utk di baca.. :)
saya belum dapat masuk lagi...sebab itu mata boleh tertidur apabila membaca buku berkaitan ekonomi
PadamINGIN MELABUR DI PASARAN SAHAM CARILAH ILMUNYA...KAK CUBA2 JUGA DULU TAPI TAK ADA NASIB NK KAYARAYA
BalasPadamcara yang selamat...labur sahaja dalam ASB
Padampenuhkan sehingga tahap minimum
I sure tak jalan baca buku cam ni. Silap2 muka surat 1 je dah tertidur...hehehe.. anyway, nice sharing.
BalasPadamada yang ceburi saham dan minat bidang inni boleh sahaja baca berulang kali
Padamrasa macam susah je nak faham bab saham ni. memang kena banyak membaca dan gali ilmu. bagus juga ya ada buku ni
BalasPadamtidak semua orang masuk bab saham..
Padamhanya yang minat...memang suka la
Disebabkan tak cukup ilmu jadi kita melabur dalam ASB saje.hehe
BalasPadamASB sangat bagus kerana play safe..
Padamcukup setahun...boleh kira dividen
xpndai bisnes, tpi pernah terjemahkan satu buku bisnes utk kwn....
BalasPadamsaham dan bisnes hampir sama konsep.
Padamada untung dan ada rugi