Buku ‘Masih Bujang? Relakslah!’ bukanlah bacaan yang serius.Kandungannya sangat santai dan menghiburkan.Tak sangka membaca sambil berhibur.
Penulisnya, Kreisya Reisya adalah nama samaran semata-mata.Namun itu tidak penting.Kadang-kadang kita tidak peduli pun siapa penulisnya.Yang penting kandungan dan mesej yang cuba disampaikan.Ada manfaat dan kebaikan dalam menambah nilai kehidupan kita.
Membaca buku begini memang ada feel tersendiri.Tambahan pula hanya ada 151 halaman.Ada 20 bab yang menceritakan bagaimana sisi baik dan sisi kurang baik golongan bujang.Buku ini diterbitkan Alaf21 pada tahun 2011.Sudah lama juga berada di pasaran.
Admin sangat tertarik dengan istilah bujang emas yang cuba digunakan dalam buku ini.Bujang emas merujuk kepada golongan bujang yang sudah terlajak umur untuk berkahwin sebagaimana kebiasaannya.
Jika perempuan andartu atau anak dara tua manakala lelaki pula menjadi bujang terlajak
Bujang emas menjadi gelaran yang menakutkan bagi ramai orang.Masyarakat memandang sinis golongan yang lambat kahwin.Bukan mereka suka sangat untuk hidup solo sedemikian.Sudah suratan belum jumpa jodoh nak buat macam mana?
Sebenarnya menurut penulis, bujang emas ada kebaikan tersendiri.Kebaikan ada diceritakan dalam buku ini.Kalau admin yang ceritakan lebih baik admin yang tulis buku pulak.hahaha
Admin setuju dengan pendapat penulis bahawa syukur sahaja walaupun belum lagi kahwin pada usia sedemikian rupa.Layan sahaja rasa sunyi dan sepi dengan lebihkan masa untuk dekat kepada Allah.
Jika rasa nak baca buku ini, admin amat galakkan kerana di dalam ada tersedia beberapa resepi masakan yang mudah kepada golongan bujang.
Akhir kata selamat menikmat zaman bujang dengan rasa bahagia walaupun belum punya pasangan hidup.
p/s: Jomlah like Obses Buku dan share ulasan buku ini.
6 Ulasan
mcm nk cri je.. suka baca yg content santai2
BalasPadamdigalakkan untuk cari..memang best untuk dibaca
Padamresepi untuk orang bujang pun ada ye dalam buku ni. menarik!
BalasPadamya memang menarik..boleh dijadikan sumber rujukan bagi golongan bujang atau sudah berkahwin untuk aktiviti masak-masak
PadamUmur 24 thn kategori bujang emas juga ke? Hehe.. Bgus juga ada share resepi tuk org bujang nie.. Jarang ada buku mcm nie.. Terima kasih atas perkongsian..
BalasPadamumur 24 ...kira masih muda..cuba jadi 42 barulah jadi bujang emas hehehe
Padam