Header Ads Widget

You Can Write Children’s Book



Selepas dua hari baharulah admin dapat menghabiskan bacaan buku ‘You Can Write Children’s Book.Sebuah buku berbahasa Inggeris yang pernah diterbitkan pada tahun 1998 hasil tulisan Tracey E. Dils.
.
Kandungan buku ini menyoroti tip dan panduan bagaimana menulis buku kanak-kanak.Sangat bagus untuk dijadikan panduan kepada bakal penulis buku.
.
Mungkin pada sangkaan awal kita, menulis buku kanak-kanak seperti mudah.Sebenarnya tidak begitu.
.
Seorang penulis harus memahami dunia kanak-kanak.Tidak cukup dengan anak sendiri, mereka harus didedahkan bagaimana telatah dan kerenah anak-anak kecil di tadika atau sebagainya.
.
Buku kanak-kanak perlu ditulis dengan bahasa semudah yang mungkin.Gambar dan ilustrasi hendaknya disertakan bersama penulisan buku.
.
Biarpun buku ini hanya mempunyai 120 halaman, tidak bermakna ilmu yang terkandung dalamnya sedikit.Rupanya banyak dan padat sekali.
.
Perlu kita sedari penulis Tracey E. Dils pernah menghasilkan lebih 20 judul buku.Berpengalaman luas sebagai editor dibeberapa syarikat penerbitan Amerika Syarikat.
.
Bagaimanapun admin tidak pasti kewujudan buku ini di pasaran.Mungkin ada di perpustakaan sahaja.Kalau ada boleh baca untuk rujukan kepada mereka yang ingin menjadi penulis buku kanak-kanak.
.
Dengan hanya lapan bab, admin rasa cukup mudah untuk ditekuni dan dihadami bagi mereka yang sudah mahir membaca dalam bahasa Inggeris.
.
Admin kongsikan juga tip yang amat menarik dalam buku ini yakni tulis seberapa banyak buku yang mampu.Begitu juga terbitkan seberapa banyak yang boleh.Tujuannya agar lebih banyak ilmu boleh dikongsikan untuk anak-anak yang bakal membesar sebagai insan kamil dan masyarakat madani.


Catat Ulasan

0 Ulasan