Header Ads Widget

Cakar Ayam Seorang Doktor 2.0



Buku ‘Cakar Ayam Seorang Doktor 2.0’ memang terbaik dalam kelas tersendiri.Tidak sangka, admin begitu seronok membaca buku medik yang santai tetapi berinformasi.

Ada halaman yang berupa cerita pendek dan dialog serta sisipan info penting untuk kita ketahui sebagai masyarakat umum.

Kita boleh ketahui dunia kedoktoran  setelah didedahkan melalui TV atau melaluinya sendiri.Namun setelah membaca buku tulisan tiga orang doktor dan seorang ahli farmasi serta seorang lagi pakar diet ini memang membuka ruang minda admin seluas-luasnya kepada dunia perubatan dan kesihatan.

Buku ini diterbitkan pada tahun 2017 oleh Kata Pilar Books.Pada tahun sebelumnya sudah diterbitkan buku versi pertama iaitu Cakar Ayam Doktor.Cuma admin belum ada kesempatan untuk membeli naskah tersebut.

Pelbagai istilah dan panggilan medik yang baru admin pelajari.



Antaranya Houseman merujuk kepada doktor pelatih dan jonnah iaitu perkara yang kurang baik.

Hasil garapan lima orang penulis melalui buku yang ada 222 halaman ini amat wajar untuk dibaca dan dimiliki masyarakat luar sana.Semoga selepas membaca nanti segala stigma dan persepsi buruk terhadap kerja doktor akan terhakis dengan sendirinya.

Terus terang admin akui, membaca buku seperti ini memberi pengalaman yang indah dan mengasyikan.

Mungkin kita tidak ditakdirkan menjadi doktor  tetapi sekurang-kurang kita wajib ada kesedaran untuk menjaga kesihatan dan pemakanan supaya kekerapan kita berjumpa mereka boleh dikurangkan.

Mungkin juga selepas ini kita amat berterima kasih kepada mereka kerana membantu menyelamat ahli keluarga kita dalam kecemasan dan menderita akibat penyakit.

Akhir kata tugas dan pengorbanan doktor begitu murni sekali.Walaupun kita tahu soal ajal adalah ketentuan namun berusaha menyelamatkan nyawa adalah ikhtiar manusia untuk mendapat pahala.

Apa tunggu lagi.Dapatkan buku Cakar Ayam Seorang Doktor  2.0 selewat-lewatnya petang ini.

Chow dulu hehehe


Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. dah lama teringin nak beli buku ni..tp takut tak sempat nak baca

    BalasPadam
    Balasan
    1. beli sahaja..

      targetkan boleh habis baca dalam 1 bulan

      Padam
  2. KATAPILAR banyk terbikan kisah doktor medik sbb penyuntingnya juga seorang doktor medik

    BalasPadam
    Balasan
    1. inilah kelebihan mereka yang ada kepakaran dalam penulisan dan medik

      Padam