Buku Ada apa dengan RM ? merupakan buku kedua yang admin baca selepas buku pengurusan kewangan sebelum ini.Boleh rujuk di sini.
Penulisnya Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir merupakan penulis yang tidak asing lagi.Beliau merupakan penulis best seller buku-buku kewangan Islam.
Dengan tajuk kecil buku ini ‘Ubahlah cara anda melihat wang dan cara mengurusnya ‘ sudah jelas menunjukkan betapa pentingnya mendapatkan ilmu dalam pengurusan kewangan peribadi.
Sajian dan hidangan minda dalam buku ini cuma dalam 226 halaman.Bagi admin ketebalan buku yang mudah untuk dihabiskan dalam beberapa hari.
Namun jangan sekadar berorientasi untuk habis baca tetapi tidak amal.Satu kerugian sangat kerana ilmu yang tidak diamal umpama pokok yang subur tetapi tidak berbuah.
Penulis menyeru pembaca untuk celik wang atau bijak wang.Jangan terperangkap dengan godaan nafsu berbelanja sehingga terjerat dengan bahaya hutang.
Buku yang padat dengan informasi berguna ini wajar dibaca oleh mereka yang baharu sahaja memasuki alam pekerjaan, para peniaga dan sudah semestinya untuk perunding takaful.
Hadami dan hayati agar pengurusan kewangan lebih mantap dan bergaya.
Buku yang diterbitkan pada tahun 2017 ini sudah tiga kali cetakan.Tanpa sangsi lagi ia sangat mendapat sambutan tinggi.Tahniah kepada penulis dan penerbit Galeri Ilmu Sdn Bhd.
Lagipun harga sekitar RM22 senaskah dan mampu milik oleh golongan yang memerlukan.
Admin tidak perlu berkata banyak.Cuma admin sarankan jangan berlengah untuk mendapatkan ilmu dalam buku Ada apa dengan RM ?
Semoga ulasan yang ringkas ini boleh menterjemahkan niat admin agar ramai lagi pembaca boleh mencapai impian bebas masalah kewangan, lebih kaya dan boleh bersara dengan penuh ketenangan tanpa dibelit isu hutang.
4 Ulasan
Apa topik yang dibincangkan dalam buku ni? Lebih kepada pengurusan kewangan atau pelaburan?
BalasPadamlebih kepada pengurusan kewangan dan ada juga membincangkan tentang pelaburan..
PadamBagus buku ini untuk saya buat rujukan...insyaAllah boleh cari cari di kedai kedai
BalasPadamsalah satu yang menarik untuk dibaca dan diamalkan ...percayalah
Padam