Header Ads Widget

Berucap Seperti Pemimpin Terbilang



Naskah buku ‘Berucap Seperti Pemimpin Terbilang’ merupakan panduan yang sangat lengkap dan terperinci.Buku ini  mengupas dengan mendalam tentang ilmu, kemahiran, teknik dan tips dalam bidang pengucapan awam.

Dr Jeniri Amir sebagai penulis buku ini cukup bijak dalam mengarap segala pengetahuannya sebagai tenaga pengajar Kursus Pengucapan Awam di Universiti Malaysia Sarawak dan fasilatator yang di selalu diundang dalam banyak seminar dan bengkel.Kepakaran beliau dalam penulisan usah diragui.Beliau penerima Anugerah Buku Negara 2005 dan penulis buku terlaris.Setakat ini beliau telah berjaya menghasillan lebih 50 judul buku.

Dengan 244 halaman dan 32 tajuk sudah jelas menggambar buku ‘Berucap Seperti Pemimpin Terbilang’ antara buku wajib untuk dimiliki oleh pemimpin politik, pengurus, ketua jabatan, pensyarah mahasiswa, pelajar dan sesiapa sahaja yang terlibat dalam bidang pengucapan awam.

Pembaca akan  didedah segala rahsia bagaimana untuk menjadi seorang perucap atau penceramah yang hebat dan memukau khalayak.Pembaca akan mengetahui dengan lebih lanjut gaya dan stail berucap serta teknik penulisan teks ucapan agar lebih yakin dan berwibawa.



Biarpun buku ini diterbitkan pada tahun 2008 tidak bermakna kandungan sudah ketinggalan zaman.Sebaliknya terus kekal relevan dengan keadaan semasa.Jika terjumpa di perpustakaan atau kedai buku berhampiran, jangan segan atau jangan malu untuk mendapat naskah tersebut.

Pelbagai contoh tokoh yang hebat dalam pengucapan umum seperti Tun Mahathir, Tun Abdullah Badwi, Bung Sukarno, Winston Churchill, John F. Keneddy dan ramai lagi.Nak tahu lebih boleh dapatkan dalam buku ini.

Dengan kata lain inilah buku yang serba lengkap sebagai rujukan gaya dan rahsia kepada penceramah sebelum mereka membuat ucapan yang menyakinkan dan memukau khalayak

p/s: Mohon Like Page Obses Buku di SINI


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. siap, bisa menjadi rujukan.. belajar untuk public speaking

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya betul mas...antara buku yang bagus untuk dijadikan rujukan

      Padam