Header Ads Widget

Elak ICU Kewangan



Membaca buku Elak ICU Kewangan satu pengalaman yang hebat.Sebab buku ini ditulis dengan bahasa santai dan mudah difahami tetapi sarat dengan ilmu yang sangat bermanfaat.

Besarlah harapan admin agar ramai lagi yang sudi membaca berkaitan kewangan, pelaburan, takaful dan sewaktu dengannya.

Hampir semua golongan boleh mendapat manfaat dari  kupasan buku tulisan Hajah Rohani Datuk Hj Mohd Shahir ini.Beliau ialah pengasas dan perunding di Hijrah Wealth  Management Sdn Bhd.Sebelum ini pernah menghasilkan empat buah buku berkaitan pengurusan kewangan peribadi.

Buku yang mempunyai 295 halaman ini telah diterbitkan pada tahun 2017 oleh Galeri Ilmu Sdn Bhd.Percayalah pelaburan RM25 untuk memiliki buku Elak ICU Kewangan boleh menyelamatkan wang pembaca daripada pelaburan yang sia-sia.

Admin cukup suka dengan kupasan penulis terhadap isu produk kewangan dan perbankan yang bersifat Islamik.Jauhi perkara riba dan gharar akan memastikan wang yang kita simpan atau labur lebih berkat, halal dan suci.

Penulis telah menyentuh panjang lebar bagaimana pengurusan kewangan bagi mereka yang bakal pencen atau mereka yang bakal mengeluarkan wang dari KWSP.Silap percaturan dan perancangan kewangan akan membawa penyesalan yang tiada kesudahan.



Ada sembilan bab kesemuanya.Setiap bab amat penting dan kerugian besar jika pembaca tidak membaca dengan penuh teliti.Secara berseloroh admin tidak menggalakkan pembaca membaca sebelum tidur.Ini kerana pembaca akan rasa gelisah dan hilang rasa mengantuk dek kerana saranan penulis yang sangat kaw-kaw dalam pengurusan kewangan kita.

Cuma ada berapa kelemahan dari segi persembahan buku ini.Jadual dan carta yang disertakan tidak jelas.Sukar untuk mata admin melihat dengan sepenuhnya.

Sungguh pun begitu penulis acapkali berpesan agar generasi muda yang baharu bekerja untuk menjadikan tabiat dan amalan menabung.Mulakan dari keci-kecilan sehingga terlatih untuk terus menjadikan budaya menyimpan sebagai tabiat hebat. Menyimpan atau menabung adalah komitmen jangka panjang.Boleh dikatakan selagi umur masih ada pada jasad kita. Jika tidak melakukan sekarang anda akan rasa menyesal seumur hidup.

Kehidupan tidak ada kepastian untuk kita terus sihat dalam mencari duit.Jika ada perkara yang tidak diingini berlaku sekurang-kurangnya kita simpanan, takaful dan pelaburan untuk menggantikan sumber pendapatan yang berterusan.



p/s: Boleh sahaja like page Obses Buku

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Ini buku yang bagus.
    Mengingatkan kita untuk selalu bijak mempergunakan uang, tidak berfoya-foya pada masa sekarang untuk ... menghadapi masa depan nantinya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya bro tepat sekali..

      Selagi bijak urus Wang..kehidupan lebih mudah

      Padam
  2. Hal kewangan ni memang kena urus dengan bijak supaya tak susah di kemudian hari.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya betul tu...jika tidak menyesal kemudian tidak berguna

      Padam
  3. Saya sedang dalam proses meningkatkan kemahiran pengurusan kewangan, tolong suggestkan banyak lagi buku begini ye tuan tanah :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. selalulah ikuti perkembangan blog ini..

      kalau ikutkan hati saya nak buat satu blog untuk satu niche tetapi ia bukan cara yang praktikal hehehe

      saya saran Puan pembaca ( macam belum kenal) boleh baca buku Azizi Ali dan Robert Kiosaki

      Padam