Buku ini ditulis dengan gaya bahasa yang mudah difahami dan cepat untuk dihabiskan oleh para pembaca.Sebab ketebalannya cuma 150 mukasurat sahaja.Isi kandungan terbahagi kepada empat bahagian utama.Pendek kata amat tersusun dan boleh membangkit motivasi si suami untuk kahwin lagi.Sebaliknya si isteri pula akan lebih berinspirasi agar memperbaiki diri agar suami mereka lebih setia dari hari ke sehari.
Sebagaimana biasanya admin amat berbesar hati untuk berkongsikan sedikit tip agar suami yang telah berpoligami itu atau bakal berpoligami mengamalnya agar kehidupan rumahtangga lebih bahagia dan ceria
1.Adil menyediakan nafkah
Bab nafkah ini perlu diberi perhatian dengan serius.Adil tidak semestinya sama rata dan adil itu adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya.Misalnya isteri pertama ada 3 orang anak tentunya tidak boleh diberi jumlah duit sama dengan isteri kedua yang baru mempunyai seorang anak.Itu baru duit.Ia belum termasuk tempat tinggal dan pakaian ataupun perubatan.
2.Adil waktu giliran malam
Begitu juga ketika giliran bermalam di rumah para isteri.Proses pengiliran mesti sama rata dan adil.Suami yang bijak boleh mengatur jadual bermalam sehingga mengenepikan perasaan tidak puas hati.Pelaturan ini tidak boleh dilanggar sesuka hati oleh si suami atau para isteri.Ujian kepimpinan dan pendirian suami amat teruji dalam situasi ini.Ada siapa yang berani sahut cabaran berpoligami setakat ini?
3.Tidak wajib menyamakan cinta sesama isteri
Soal cinta dan soal perasaan adalah relatif.Tidak mungkin boleh disamakan satu sama lain.Demi menjaga perasaan para isteri ,si suami tidak wajar membuat perbandingan kebaikan isteri mereka.Kadang-kadang bohong sunat diperlukan untuk menjaga keharmonian kedua belah pihak.Boleh dikatakan tidak adil jika kita menunjukkan rasa yang cinta yang berbeza-beza.
4.Menyediakan rumah berasingan
Setiap wanita mempunyai deria sensitif yang tinggi.Mereka mudah berkecil hati jika suami terlebih tunjukkan kasih sayang kepada isteri isteri mereka.Sebab itulah setiap orang isteri wajin tiinggal berasingan di rumah lain-lain.Rumah yang disediakan mestilah tidak terlalu berbeza antara satu sama lain.Paling baik letakkan nama pemilik rumah itu atas nama isteri.Jadi tidak akan berwujud isu berbangkit setelah kita pergi mengadap Illahi.
5.Tidak boleh pergi ke rumah isteri jika belum giliran
Ini adalah pelaturan yang wajib dipatuhi oleh suami berpoligami.Mereka tidak boleh pergi ke rumah isteri yang bukan giliran.Jika ada hal keemasan si suami hanya boleh singgah sebentar dan berada di luar rumah.Sekiranya nak juga bermalam maka si suami wajib minta kebenaran pada isteri yang berada dalam giliran rersebut dan yang pasti mesti gantikan malam giliran tersebut..
Admin berharap para suami yang ada hati nak berpoligami tu mempunyai pendirian dan sikap adil yang tertinggi.Jika tidak sanggup berlaku adil maka lebih baik kahwin seorang sahaja isteri.
Sebab isteri adalah amanah Allah SWT kepada suami.JIka ada dua atau lebih isteri maka amanah akan berganda.Jangan menzalimi isteri.Jika ada maka tunggu sahaja pada Hari Pengadilan kelak
Dalam hal ini admin tidak mahu menakut niat para suami nak berpoligami.Seandainya anda memang berkualiti dan insan terpilih untuk memikul tanggungjawab tersebut maka dipersilakan.
0 Ulasan