Header Ads Widget

Tip Belajar Sedikit Dapat Banyak

Admin telah berjaya menghabiskan bacaan buku yang best hasil karya Mohd Razali Kamaruddin.Bacaan santai dan amat sesuai untuk para pelajar,guru maupun ibubapa.


Buku ini diterbitkan pada tahun 2011.Masih relevan dengan keadaan semasa.Jadi jangan tawar hati kalau nak beli buku ini.Admin pasti buku ini memberi banyak manfaat kepada para pembaca.

Jika ditinjau secara ringkas,buku Tip Belajar Sedikit Dapat Banyak cuma berketebalan 245 mukasurat.Bagus dibuat rujukan dan senang untuk dirujuk ketika memerlukan.Sebagai insan yang pernah menjadi pelajar sudah tentu admin rasa rugi sebab tak jumpa buku seperti ini suatu ketika dahulu.

Sebagaimana biasanya izinkan admin nak kongsikan sedikit intipati yang boleh kita dapat dari buku ini.In Shaa Allah jika nak lebih lanjut boleh dapat di kedai-kedai buku atau kedai

Tip Buat Nota Belajar

1.Nota persediaan sebelum ke kelas

Para pelajar sebaik-baiknya pada malamnya mentelaah tajuk atau topik yang dipelajari keesokkan harinya.Tanya dengan guru matapelajaran.Buat nota ringkas.Jika tak faham tak pe kerana itu peluang terbaik untuk bertanya ketika cikgu berada dalam kelas.

2.Nota catatan ketika cikgu mengajar

Sewaktu cikgu berada di depan kelas cuba sedaya upaya untuk fokus dengan apa yang disampaikan.Cara untuk kekal fokus ialah buat catatan ringkas agar minda dapat ingat dan faham.Nota ini tak kemas atau tak lengkap tak kisah.Yang penting cara mencatat itu membantu kekal fokus dan boleh faham serta ingat.

3.Nota selepas belajar

Nota yang belum kemas sewaktu belajar dalam kelas boleh dikemaskini dengan nota selepas belajar.Buat rujukan dengan buku teks,buku panduan,nota kawan-kawan atau dari internet.Cara begini memang luar biasa untuk pelajar-pelajar yang berprestasi biasa.Kerja keras dan gigih memang diperlukan dalam budaya hidup seoarang pelajar.

4.Nota terakhir yang ringkas tetapi padat

Dalam banyak nota inilah nota yang amat bermanfaat sekali.Nota yang boleh ditulis dengan ayat sendiri tetapi mengekalkan idea asal.Daripada nota ini kita boleh mengenal pasti tahap kefahaman dan ingatan kita terhadap topik yang dipelajari.Sekiranya masih belum jelas cari guru atau guru tuisyen untuk membantu ataupun rakan-rakan yang mahir dalam topik tersebut.

Kesimpulannya

Proses belajar adalah berterusan.Nilai-nilai karekter hidup seperti tidak berputus asa,daya juang yang tinggi dan semangat belajar amat penting dipupuk sewaktu menjadi pelajar.

Itulah hikmahnya ada peperiksaan.Bukan sekadar untuk dapat keputusan cemerlang semata-mata tetapi menjadi manusia yang berjaya dalam kehidupan sebenar.

Catat Ulasan

0 Ulasan