Header Ads Widget

20 Tips Memilih Jodoh

Admin akui ramai yang nak tahu perkara nie.Lebih-lebih lagi si anak dara dan juga si bujang teruna.Malah bapak-bapak orang juga tidak terkecuali nak tahu.Kot-kot nak buka cawangan baru.Kalau niat dan cara yang baik-baik admin memang sarankan kerana hanya lelaki hebat boleh buat sesuatu dil luar kebiasaan berbanding orang biasa-biasa.Betulkan.


Admin dah habis baca buku berjudul 20 Tips Memilih Jodoh.Buku ini hasil tulisan Puan Amina Hj.Noor yang telah diterbitkan pada tahun 2009.Dah lama juga buku ini.Entah ada atau tidak lagi dalam pasaran.

Secara realiti tak la sampai ada 20 tips.Sebab ia merujuk kepada 20 bab yang ada dalam buku ini.Setiap bab dihurai dengan santai dan serba ringkas.Amat sesuai dibaca oleh generasi sekarang yang sibuk dengan media sosial.

Sebagaimana biasanya admin akan memiih satu bab untuk dikongsikan dengan pembaca blog ini.Jika nak tahu lanjut admin suka untuk ingatkan anda mencari buku seperti ini dipustakaan sahaja.Jalan selamat katakan.

Berikut ialah ciri-ciri bakal isteri atau suami yang baik.Jika pilihan betul dan tepat maka jodoh anda akan dapat yang terbaik.In Shaa Allah dan letakkan keyakinan bahawa jodoh itu adalah kurniaan Allah SWT kepada hambaNya.Orang baik akan dapat pasangan yang baik juga.Begitulah juga sebaliknya.

1.Teguh agamanya

Dalam banyak-banyak perkara inilah faktor paling kuat sekali.Jodoh yang terbaik mesti berlandaskan pegangan agama.Jika suami dan isteri menjalani kehidupan berteraskan Islam secara total maka bayangan Syurga sudah terasa di dunia ini lagi.Allah SWT pasti memilih seseorang yang cenderung kepada agama untuk digandingkan kepada seseorang terutamanya wanita.Pilihan yang tersasar adalah kehendak sendiri kerana Allah selalunya memberi petunjuk sebelum kita sendiri membuat keputusan.

2.Keturunan baik-baik

Maksudnya di sini ialah bakal isteri atau suami kita ini ada ibubapa yang sah ikatannya.Kecelaruan keturunan boleh merosak masyarakat dan ini pasti berantai sehingga kiamat.Sebab itu dalam Islam amat menetapkan hukum sah perkahwinan berbanding hubungan lelaki dan wanita tanpa sebarang ikatan.Hasilnya supaya keturunan yang bakal dilahirkan ada ibu dan ayah yang sebenar.

3.Sempurna sifatnya

Biarpun rupa fizikal bukan faktor utama kebahagiaan namun sifat ini boleh mempengaruhi perasaan seseorang.Sebab itu sebelum menerima pinangan seseorang wajib mengetahui sifat-sifat yang ada pada bakal pasangan hidup.Jika tidak berkenan mana mungkin boleh dipaksa biarpun kata korang boleh belajar mencintai.Orang luar boleh kata begitu dan bagaimana pula dengan si empunya diri.

4.Sihat mental

Perkara ini macam remeh.Namun besar pengaruhnya.Orang yang cerdik tentunya sukar untuk digandingkan bersama orang kurang cerdik.Ketidakserasian boleh berlaku sepanjang hidup mereka.Apatah lagi kalau bakal jodoh kita itu tidak sihat mental.Perkara ini wajib diketahui oleh rombongan merisik supaya perkara berbangkit tidak berlaku di kemudian hari.

5.Mempunyai harta

Syarat ini belum ke tahap wajib.Kalau ada admin kira ianya satu bonus dan kemudahan yang Allah SWT kurniakan untuk kita.Tak kira lelaki atau wanita harta adalah keperluan hidup.Baik ada rumah atau kereta.Jika si lelaki ada semuanya maka beruntung si wanita.Begitu juga sebaliknya.Harta adalah penyumbang kepada keselesaan hidup.

6.Paras rupa yang menarik

Si lelaki memang menghendaki wanita yang cantik.Sedap mata memandang dan tak jemu-jemu melihatnya.Dari situ akan terbangkit rasa cinta dan seterusnya pengukuhan kasih dan sayang.Dalam masa yang sama juga si wanita juga mahu lelaki kacak dan bergaya.Jika kurang sedikit pun tidak mengapa janji tidak meloyakan tekak mereka.Sebab orang yang dipilih itu bakal mendampingi sepanjang hidup mereka.

[nota pentup]

Ada baiknya admin nak sertakan satu terjemahan  Al-quran surah Ar-Rum ayat 21 yang bermaksud

“Dan di antara-tanda kekuasaan-Nya,ialah dia mencipta bagi kamu,pasangan dari jenis kamu sendiri agar kamu sakinah bersamanya dan Dia menjadikan cinta dan kasih sayang di antara kamu.Sesungguhnya yang demikian itu menjadi tanda-tanda (kekuasaanNya bagi kaum yang berfikir.”


Catat Ulasan

0 Ulasan