Buku ini telah diterbitkan pada tahun 2010.Ia sudah berada di pasaran sejak 6 tahun yang lepas (ketika artikel ini ditulis.Tiada bab yang khusus.Namun ia telah dipersembahkan dengan baik.
Sebagaimana biasa, admin nak berkongsikan sedikit intipati dalam buku ini.Mudah-mudahan memberi sedikit manfaat kepada pembaca semua.
Nilai-nilai kesyukuran dalam kehidupan
1.Syukur kepada diri sendiri
Kita diberi nikmat yang begitu banyak.Segala pancainedera dan tubuh badan yang sihat walfiat.Sebaiknya jangan disalahgunakan untuk perkara yang mungkar dan maksiat.
2.Bersyukur ada si suami
Ada wanita yang belum diketemukan jodoh dalam hidup mereka sehingga usia tua.Tidak kurang ada yang pernah ada suami tetapi jodoh tak panjang.Oleh itu kepada isteri yang masih mempunyai suami yang setia,bertanggungjawab dan baik maka syukuri anugerah tersebut.
3.Bersyukur ada isteri
Dalam kehidupan ini ada juga lelaki yang belum punyai isteri walaupun sudah berusia matang.Mereka belum ada jodoh.Namun kepada mereka yang sudah bergelar suami maka jagalah isteri sebaiknya mungkin kerana mereka adalah amanah dari Allah SWT.
4.Bersyukur ada ibubapa
Anak-anak yang masih mempunyai ibubapa selayaknya bersyukur.Budi dan jasa mereka terlalu tinggi buat kita.Boleh dikatakan tidak terbalas dengan wang ringgit atau harta benda.
5.Bersyukur ada anak
Banyak juga pasangan yang sudah berkahwin lama namun belum menimang cahayamata.Kepada mereka yang tidak diberi ujian dalam perkara ini perlulah bersyukur kerana ada anak.Didik mereka untuk menjadi anak yang soleh dan solehah.
0 Ulasan