Header Ads Widget

Tahukah Anda Jiran Anda Seorang Jutawan

Sekitar tahun 2009 admin ada membeli sebuah buku yang best.Tajuk buku itu Tahukah Anda Jiran Anda Seorang Jutawan.Jadi sangat molek rasanya admin nak kaitkan bagaimana dalam diam-diam boleh jadi jutawan.Senang cerita,entri ini berkait rapat dengan buku best yang telah admin beli dan telaah suatu ketika dahulu.


Terima kasih kepada penulis buku ini iaitu Tuan Dr.Azman Mohd Sharif yang telah berjaya menghasilkan karya yang gempak dan awesome untuk dibaca.Buku setebal 164 mukasurat memang seronok dibaca.Nipis sahaja.Cepat habis dan tak berat untuk diusung ke sana kemari.Yang peliknya mana ada kelibat manusia yang suka pegang buku.Kalau pegang telefon pintar memang lumrah di mana sahaja ceruk rantau dunia ini.

Tahun terbitan buku ini pada tahun 2009.Pada masa itu media sosial tidak digunakan secara meluas sebagaimana sekarang.Oleh itu penjualan buku masih boleh bertahan lagi.Persaingan tak terlalu sengit.Ketika admin beii harganya cuma RM14.50.Murah tu.Kalau beli ebook atau pergi seminar yang berkaitan lagi mahal dari tu.Sungguh membaca buku fizikal lebih nikmat sebenarnya.Murah dari segi harga tetapi pengisian ilmu tahap luar biasa hebat.

Admin amat tertarik dengan pandangan penulis tentang pendapat ada yang kaya dan ada yang miskin.Menurut beliau seseorang yang kekal miskin kerana sikap,cara pemikiran,semangat juang,personaliti dan peribadi berbeza dengan jutawan walaupun peluang yang diberikan samarata.Seorang akan menjadi jutawan kerana berani ambil risiko,boleh menghidu peluang dengan pantas,mengambil serius peluang bisnes dan impian yang positf.

Buku ini menghuraikan ilmu untuk menjadi jutawan dengan menyimpan wang atau lebih tepat lagi pengurusan wang yang bijak.Ada empat bab utama.Setiap bab ada sub tajuk yang kecil dan khusus sifatnya.Ada yang nak beli ke.Admin tak jamin ada lagi tak dijual di pasaran.Kalau nak juga boleh cari dekat pautan bookcafe.com.Ada rezeki boleh jumpa. kerana ilmu juga termasuk dalam rezeki juga tau!

Alang-alang dah membuat review buku ini apa kata admin nak kongsikan langkah paling asas untuk menjadi jutawan.Caranya ialah membelanjakan pendapatan hanya 60 peratus sahaja.Tak kira berapa gaji yang anda perolehi sekarang ini.Cuba untuk berbelanja sekitar 60 peratus sahaja.Bakinya ada 40 peratus dan ia dipecahkan kepada 4 bahagian.

1.10% untuk simpanan jangka panjang
2.10% untuk simpanan luar jangka
3.10% untuk simpanan percutian
4.10% untuk simpanan takaful/insuran

Admin akui sikap kita suka nak berbelanja 100% pendapatan kita setiap bulan.Minda kita memberi alasan gaji tak cukup dan sebab itu perlu dibelanja habis.Lebih malang lagi belum habis bulan duit pun dah habis.Sedih dan memang sedih.

Catat Ulasan

0 Ulasan