![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjEvTybhiBbpt8mIKLgydUS2OcIUMura9NTG7yqV2Io0MfJ_QBmXOxPYP2GAKPgZh_OAZL3QQkPBDA4CD1axXPzNBNJyCBLm96M44cBC2XYNmrHFp1RKD4pFBFV3RePjAhOQb4_REranRE/s640/IMG_20160401_114053.jpg)
Tahun terbitan pada 2007 dan diterbitkan oleh PTS Professional.Ketebalan cuma 161
mukasurat.Admin akui dengan ketebalan ini mudah untuk dibaca dan dihabiskan oleh para pembaca.Buku tebal-tebal pun kalau tak habis baca dan tak faham dah tak guna juga.
Dalam banyak bab,admin suka bab skala gaji untuk Pengurus Kewangan Korporat.Gaji permulaan dalam lingkungan RM1500 terutama kepada mereka yang belum ada pengalaman kerja.Semakin tinggi pengalaman mereka maka semakin lumayan pula pembayaran gaji iaitu RM30 ribu sebulan.
Ada juga bab lain yang admin suka iaitu ciri-ciri yang patut ada kepada seorang Pengurus Kewangan Korporat.Berikut yang admin kongsikan serba sedkit untuk pembaca blog ini:
1.Minat
Ya.Tidak dinafikan minat adalah kemuncak kepada kerjaya ini.Jika tidak perasaan bosan akan menghantui diri sendiri.Dengan minat kita akan lebih bermotivasi dan bertenaga untuk bekerja setiap hari.
2.Terus belajar
Pembelajaran tidak sepatutnya berhenti selepas mendapat kelayakan seperti diploma,ijazah atau ijazah lanjutan.Ia sepatunya berterusan selagi nyawa dikandung badan.Berhenti belajar maka kepakaran anda juga turut terhenti.
3.Penguasaan beberapa akta
Ia sangat penting.Sebab bab-bab yang melibatkan wang atau duit pasti tidak lari dari undang-undang negara atau antarabangsa.Penguasaan yang bagus akan memastikan kelancaran tugas anda.
4.Kefahaman tentang industri yang diceburi
Kelebihan ini akan membantu anda untuk menganalisa potensi pasaran dan prestasi kewangan syarikat.Secara dasarnya ilmu ini tdak dipelajari semasa berada dipusat pengajian tinggi.Namun boleh diperolehi semasa bekerja atau mengikuti seminar yang berbayar.
5.Kemahiran memimpin dalam organisasi
Berat juga tanggungjawab seorang Pengurus Kewangan Korporat.Mereka perlu dalam memimpin,mengurus dan mengetuai kerja pasukan.Kemahiran yang mantap dan potensi dirinya yang terserlah akan memastikan organisasi yang dipimpin lebih maju kehadapan.
Ada banyak lagi informasi yang sangat penting untuk anda ketahui.Admin sarankan anda untuk dapat sendiri dengan membeli buku in.Boleh cari buku ini di toko buku yang berdekatan.
0 Ulasan