Header Ads Widget

Rahsia Kerjaya

Judul buku ini memang menarik.Pengunaan kata rahsia sudah cukup untuk mengumpan minat pembaca untuk memiliki buku tersebut.Tinggalkan sahaja untuk mengeluarkan duit dari dompet untuk diserahkan kepada tauke kedai buku.

Penulis buku Rahsia Kerjaya adalah seorang kaunselor yang mempunyai kepakaran dalam bidang kerjaya dan kaunseling perkahwinan.Beliau ialah Tuan Muhabir Ibrahim yang mempunyai kelayakan iktisas Sarjana Muda dari Universiti Malaya.Selain itu beliau merupakan bekas penuntut dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sejujurnya admin amat suka dengan gaya bahasa yang digunakan dalam buku tersebut.Ringkas,santai tetapi sarat dengan pelbagai ilmu yang hebat-hebat.Nak tahu boleh dapatkan dikedai yang berdekat.Admin tak pasti ada stok lagi ke tak kerana buku ini keluaran tahun 2011.


Buku ini dipersembahkan kepada bakal pembeli dengan nilai kepuasan ilmu dan harga. Dalam bahagian pengenalan penulis telah memberi pendedahan kepada pelajar yang kurang cemerlang untuk memasuki Institut Kemahiran.Bidang ini amat sesuai dengan mereka kerana kecenderungan untuk menggunakan tangan emas.Tidak akan timbul budaya bidang eklusif atau bidang kelas kedua.Sebab yang paling sekali minat dan kemampuan masing-masing.

Intipati dalam buku Rahsia Kerjaya ialah bekerja salam sektor awam.Penulis telah menerangkan dengan cukup terperinci segala kebaikan kepada penjawat awam.Boleh dikatakan sesiapa yang berjaya menempatkan diri dalam sektor awam adalah insan terpilih.Mereka sudah ada jaminan kerjaya sehingga pencen .

Berikut ialah kebaikan secara ringkas untuk mereka yang bekerja dalam sektor awam.Minta maaf la ye kepada pekerja sektor swasta.Heboh suatu ketika dahulu kerana pekerja sektor swasta mengalami kenaikan pangkat dan bergaji besar.Realitinya zaman tersebut sudah berlalu.

1.Pendapatan tetap setiap bulan 

Tidak ada kerisauan yang akan membebankan fikiran penjawat awam.Setiap bulan memang ada gaji sehinggalah pencen.Dah pencen pun ada pendapatan tetap.Semua berada dalam zon selamat.

 2.Kemudahan perubatan 

Meningkat sahaja umur maka hidup kita akan akrab dengan pihak hospital.Itu kenyataan kepada individu yang kurang menjaga kesihatan.Berita baiknya kemudahan perubatan ini disediakan secara percuma kepada penjawat awam.

 3.Penerima pencen 

Tiada had umur telah ditetapkan.Apabila si suami yang meninggal dunia maka isterinya akan dapat pencen.Nikmatilah nilai pencen itu sehingga penerima juga meninggal dunia.Senang cerita ianya bagaikan pendapatan pasif.

 4.Pinjaman perumahan 

Di saat kawan-kawan lain bertungkus lumus membayar rumah sewa maka anda sudah selesa berada dirumah sendiri dengan bayaran pinjaman yang rendah.Lebih menguntungkan kepada pasangan muda yang mempunyai anak kecil.Dah kerja kerajaan dan boleh buat pinjaman perumahan.Anak besar maka rumahpun habis bayar.

 5.Peluang latihan kemajuan diri 

Pekerja sektor awam mempunyai peluang yang besar untuk pergi seminar,bengkel dan sebagainya.Latihan ini percuma dan perkara tersebut telah mendapat perhatian pihak jabatan.Berdasarkan pengalaman sendiri pekerja awam yang telah menjalani latihan lebih ceria dan bersemangat untuk terus berkhidmat kepada kerajaan.


Amat jelas kepada kita bahawa sektor awam menjadi pilihan ramai untuk dijadikan lubuk rezeki.Meskipun admin sendiri bekerja dalam sektor swasta tetapi menggalakkan anda menceburi kerja kerajaan.

Admin nak jadi kaya,raya dan bahagia.Tak kerja kerajaan pun tak pe dah.Namun sekiranya pembaca nak juga kerja kerajaan wajib ada informasi bagaimana nak berjaya dalam temuduga.Boleh dapatkan ebook seperti dalam banner dibawah :

Catat Ulasan

0 Ulasan