Header Ads Widget

Raja Bukan Sehari

Tajuk buku ini memang menarik.Sesuai juga dengan pengolahan bahasa yang tersusun indah.Sejujurnya admin suka.Ya seronok untuk dibaca dan ditelaah.Siapa yang sesuai dan patut membaca buku?

Tentulah sesiapa sahaja terutama mereka yang tengah mencari jodoh.Paling tidak pun mereka yang sekarang ini dalam ikatan perkahwinan.Biar perkahwinan yang dibina kekal bahagia dan utuh hingga ke jannah.

Banyak tip menarik dan berguna sebagai hidangan minda. Penulis buku ini Ikhram Husin merupakan seorang kaunselor yang bertauliah.Pemegang ijazah sarjana dari UKM.Bukan calang-calang kelayakan akademik beliau.



 Lebih menarik lagi buku yang bakal anda baca ini, baru diterbitkan pada tahun 2018.Dengan ketebalan 177 mukasurat memang bukan masalah besar untuk pencinta buku. Penerbit buku Raja Bukan Sehari ialah Galeri Ilmu Sdn Bhd menawarkan harga sekitar RM20 hingga RM22 untuk senaskah.

Masih murah dibandingkn dengan membeli e-book. Ada 10 bab yang membicarakan secara khusus pelbagai topik tentang cinta,jodoh dan alam perkahwinan itu sendiri.

Bab terakhir pula memaparkan pelbagai kes dan kemusykilan.Segalanya terjawab. dengan begitu menarik dan berkesan.

 Bab pertama admin paling suka iaitu Petua Memilih Pasangan.Nak tahu tak ? Jika nak tahu dapatkan di pasaran segera.




Catat Ulasan

0 Ulasan