8.6.19

Nota Jutawan Nota Perniagaan Online

Admin tertarik dengan buku tulisan Irfan Khairi.Buku yang berjudul Nota Jutawan Nota Perniagaan Online memang dipersembahkan dengan cara paling ringkas tetapi padat sekali.

 Ketebalan cuma 137 mukasurat.Sangat sesuai untuk mereka yang sibuk dengan aktiviti harian.Mereka yang tiada

kesempatan masa untuk membaca.Pendek kata buku menyajikan panduan demi panduan yang sangat berguna. Ada lapan bahagian yang mengandungi 78 bab.Dalam buku ini Irfan Khairi mengelarkan idea.Hampir setiap halaman memiliki grafik dan carta yang menarik.

Sesuai benar kepada mereka yang kurang minat membaca tetapi sangat dahagakan informasi dalam meningkatkan ilmu dan kemahiran diri.

Namun buku yang bersifat maklumat begini ada kekurangannya juga.Memandangkan buku terbitan Telaga Biru pada tahun 2015 dan admin pula membaca pada tahun 2019 tentulah sebahagian fakta sudah ketinggalan.

 Pembaca jangan risau kerana idea tentang perniagaan online masih lagi relevan dengan keadaan semasa.Tidak rugi memiliki ilmu yang hebat biarpun cuma harga senaskah RM18-RM20 untuk pasaaran Malaysia.




Author:

2 ulasan:

  1. Bagaimana isinya ya kira-kira ? Tertarik


    Saya baru update sebuah kisah menarik untuk di baca Kisah Admad Bin Miskin " Nafsu Yang Tersembunyi Please Follow Back and Thanks YOU

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menarik..Ada masa Saya nak follow nanti

      Padam