Header Ads Widget

Analisis Poligami Menurut Perspektif Islam

Admin baru selesai membaca buku tersebut.Memang berpeluh dibuatnya.Hampir keluar peluh jantan didahi.Ternyata pandangan penulis wanita terhadap isu poligami agak beremosi biarpun disulami dengan statistik data,ayat al-quran dan juga sanad hadis.



Intipati buku hasil penulisan Zaleha Muhamat ini memang kontra poligami dengan alasan untuk menegak keadilan dan mencegah isu penganiayaan terhadap para wanita.Admin faham perasaan wanita namun penulisanya yang terlalu berat kepada isu negatif wajar difikirkan secara akal yang matang dan waras.

Admin wajar tidak bersetuju dengan 90 peratus pandangan penulis buku ini kerana langsung tidak mendedahkan kebaikan poligami secara khusus.Sedangkan poligami adalah hukum Allah yang telah diperturunkan dalam Al Quran 1400 tahun dahulu.Biarpun admin seorang yang dangkal atau cetek ilmu agama namun penghayatan terhadap qadak dan qadar Allah terhadap jodoh masih tinggi.Soal jodoh dan soal rezeki adalah dalam pengetahuan Allah dan sebagai hambaNya kita hanya berusaha,berdoa dan bertawakal.

Untuk lebih adil admin tak berpolemik dalam isu ini.Kita tinggalkan dulu soal setuju atau tidak setuju.Buku ini telah diterbitkan pada tahun 2002 oleh Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.Ketebalan 132 mukasurat sahaja.Biarpun begitu senang difahami oleh sesiapa sahaja terutama para wanita atau lelaki.Cuma tidak digalakkan dibaca dengan emosi sebab penulisan berat sebelah.Lebih memfokus isu negatif berbanding positif.Alasan admin ialah Islam adalah agama yang indah dan mengapa keindahan Islam tercemar dengan tohmahan negatif terhadap poligami.

Berikut ialah jenis-jenis aduan oleh para isteri yang tidak berpuas hati dengan perkahwinian poligami mereka.Admin harap ia menjadi iktibar dan jangan berlaku lagi kepada para suami.Masalah begini seolah-olah mengambarkan Islam memburukkan poligami.Perlu admin ingatkan bahawa poligami hukumnya harus dan ianya hak Allah.Bukan hak suami atau atau hak msayarat untuk mengadili baik atau buruk dunia poligami dalam perkahwinan.

1.Tidak ada persefahaman
2.Suami tidak bertanggungjawab
3.Suami tidak memberi nafkah zahir dan batin
4.Suami tidak adil dalam semua perkara
5.Suami bengis dan panas baran.
6.Suami tidak pedulikan nafkah batin
7.Suami kaki perempuan
8.Madu suka ganggu
9.Kasih sayang tidak rata
10.Pergaduhan sesama madu


Admin tak nak fikir perkara negatif.Ada banyak lagi senarai aduan yang kurang enak.Isu tersebut boleh diatasi dengan mudah sekiranya suami beriman dan kuat penghayatan agama.Kunci kepada suami kerana dia adalah ketua keluarga.

Dari situ dapat admin buat kesimpulan bahawa poligami bukan punca masalah.Sebaliknya suami dan isteri-isteri penyumbang kepada masalah itu sendiri.Mengapa rela bermadu sedangkan tahu suami tidak mempunyai akhlak yang terbaik.

Kepada kaum suami mengapa sanggup beristeri lebih sedangkan diri sendiri tidak ada nilai kepimpinan untuk membentuk keluarga bahagia.Dalam perkahwinan tiada perkara yang boleh dibuat ‘try and error’.Yang ada solat istikarah agar segala keputusan tidak mendatangkan mudarat pada masa yang akan datang.Allah Maha Tahu dan Maha Adil.

Catat Ulasan

0 Ulasan