Berbalik kita kepada kupasan buku ini tadi.Ada enam bab sebenarnya.Setiap bab diperincikan dengan cukup baik sekali.Ada disertakan point-point yang sangat penting.Sangat rugi tak baca habis.Mungkin untuk pembaca admin sarankan pergi ke perpustakaan sahaja.Susah nak cari kat kedai buku.Lagipun buku ini telah diterbitkan pada tahun 2002 lagi.Sekarang masuk tahun 2016 dan buku yang berada kat tangan admin sekarang ini sudah berusia 14 tahun.
Alang-alang admin dah terbaca buku ini maka admin bermurah hati untuk berkongsikan sedikit ilmu dan point yang sangat penting iaitu tip ketika membeli kereta terpakai.
1.Jangan beli kereta yang syarikat pengeluar sudah lingkup
Alasanya ialah kesukaran untuk mendapat alat ganti yang sah dan berkualiti.Jika nak juga maka bersedia untuk menjadikan kereta terpakai yang anda beli itu besi buruk.
2.Jangan beli kereta yang milage melampau
Sebabnya kereta terpakai itu dah digunakan secara overdose.Boleh beli namun siap sedia untuk proses membaiki tanpa henti.
3.Jangan beli kereta yang kurang sempurna kecantikannya
Kereta terpakai tersebut sudah kemek dan pecah sana sini.Nak tengok pun boleh loya atau sakit hati.
4.Jangan beli kereta yang hancur secara total
Admin kalau diberi percuma pun nak berfikir banyak kali.Inikan pula nak membeli.Cara yang terbaik lupuskan sahaja kereta begitu di kedai besi buruk.
5.Jangan beli kereta yang kurang popular
Alasan utama ialah kereta ini mempunyai harga belian balik sangat rendah.Si penjual beruntung manakala si pembeli boleh tanggung kerugian.Sikit tak pelah.Kalau banyak maka naya jawapnya.
6.Jangan beli kereta terpakai tanpa nasihat mekanik
Nasihat ini sah untuk mereka yang tak mahir bidamg automotif.Selalu admin perhatikan mereka yang mahir automotif memang suka kereta terpakai sebab ia adalah ‘mainan tangan’ mereka
0 Ulasan