Header Ads Widget

Persediaan Menulis Novel



Rehat pagi ini admin menikmati secawan air cokelat yang pekat sambil dicecah dengan
roti kering.Sambil minum sambil membaca buku.Alahai tidak terasa pulak admin menghabis bacaan buku Persediaan Menulis Novel.

Admin amat teruja membaca sebuah buku yang ditulis oleh pengarang hebat yakni Othman Puteh.Dengan pengalaman beliau selama 40 tahun bergelumbang dalam dunia penulisan diakui
antara buku panduan yang terbaik pernah dihasilkan.

Biarpun buku ini diterbitan pada tahun 1992 tidak bermakna isu kandungan sudah ketinggalan zaman.Segala ilmu dan tip yang berguna amat relevan dengan keadaan semasa.

Tidak keterlaluan buku Persediaan Menulis Novel ini sangat didambakan oleh bakal penulis dan pengarang untuk menghasil karya-karya mereka.

Admin juga percaya penulis buku dan pengarang novel yang sudah mencipta nama memang
pernah menjadikan buku ini sebagai rujukan mereka.

Dengan kebolehan mengungkap kata dan pemilihan ayat yang tepat memukau admin untuk membaca tanpa menoleh kiri atau kanan. Tambahan pula cuma terdapat 110 mukasurat dengan 16 bab.Memang mudah dan ringkas.

Jom la baca jika rasa untuk menjadi penulis novel sebagai kerjaya.Mana tahu anda bisa menjadi penulis bestseller.



Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. kak dulu tulis novel berpandukan karya kawan2 saja...siaplah sebuah n dah dihantar kpd DBP...rasanya dah xnak menulis novel lagi. lambat nak siapkannya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Novel menuntut disiplin tahap tinggi .

      Seperti kata Othman Puteh wajar kerja keras untuk hasikan novel

      Padam
    2. Wahhh dulu ada keinginan juga buat novel, tapi sampe sekarang gak bisa bisa :(

      Padam
    3. mula cari bahan tuan..

      nanti dah cukup bahan akan terhasillah novel bila kena caranya

      Padam
  2. Saya pernah bercita2 ingin menulis novel... tp nampaknya tinggal angan2 je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terukan berimpian..

      nanti akan kesudahan untuk membaca novel

      Padam