Header Ads Widget

Tip Cepat Sembuh Dari Demam

Tajuk ini diinspirasikan dari sebuah buku yang admin baca baru-baru ini.Buku yang admin anggap best itu berjudul Demam (Tip Untuk Cepat Sembuh).Buku tersebut nipis sahaja.Sedap dibaca sepintas lalu.Secara kebetulan pula admin terkena demam selsema selama beberapa hati.Maka memang kena pada masanya.


Penulis buku Demam (Tip Untuk Cepat Sembuh) ada dua orang.Seorang merupakan doktor perubatan iaitu Dr Hajah Shariah Ismail.Beliau merupakan pengurus Klinik Ummu ‘Ammar dan pernah memperolehi kelayakan Ijazah Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia.

Seorang lagi penulis buku tersebut ialah Haji Mohd Razali Mat Yasin, seorang guru yang  pernah memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia serta Ijazah Sarjana Pengurusan Pendidikan ,Universiti Putra Malaysia.

Hasil gabungan idea dan coretan yang bersahaja oleh dua orang pakar ini memang mantap.Usah diragui sama sekali.Biarpun ketebalan buku ini cuma 66 mukasurat tetapi pengisiannya padat dan tepat

Ada 11 bab semuanya.Izinkan admin nak kongsi secara ringkas satu bab  yang menurut admin amat perlu kita ketahui secara umum.Minta maaf la ye.Admin kemukakan secara ringkas dan bukan secara lengkap.Jika nak tahu selebihnya boleh la beli senaskah buku dipasaran atau toko buku,

Tip untuk sembuh demam dengan cepat

1.Minum air kosong dengan banyak.

Air membekalkan oksigen untuk tubuh dan penyumbang kepada bendalir dalam badan.Sebab itu kepada pesakit yang dah kritikal terpaksa dimasukkan air dalam badan.Air tersebut terdiri daripada Glukosa dan garam (sodium klorida)

2.Makan makanan lembut

Jumlah keperluan makanan untuk badan meningkat sesama demam.Oleh itu amat wajar untuk makan bubur,nasi lembik,makanan bijirin,sayuran dan buah-buahan.

3.Ambil vitamin C

Pengambilan vitamin C sangat perlu untuk mempercepatkan pemulihan sel yang rosak.Keperluan Vitamin C untuk orang dewasa semasa sihat cuma 100mg.Namun semasa demam boleh meningkat kepada 2000mg sehari.

4.Makan madu

Madu memang diakui mempunyai nilai perubatan yang tinggi.Pengambilan madu semasa demam boleh menghalang pembiakan kuman-kuman yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar.Selain itu madu boleh membekal tenaga dengan segera sebab sifatnya boleh diserap oleh badan tanpa melalui pencernaan.

5.Pemberian Probiotik

Dalam usus kita ada dua kategori bakteria iaitu bakteria baik dan bakteria jahat.Dengan adanya pemberian probiotik maka sebagai makanan kepada bakteria baik.Dengan itu bakteria baik ini akan lebih bertenaga untuk membentuk sistem pertahanan badan.Sebaliknya jika pesakit diberi antibiotik maka  bakteria baik dan bakteria jahat akan mati dalam usus.Pengantian bakteria ini mengambil masa yang lama.

6.Penetapan minda positif

Gunakan kuasa minda semasa anda demam.Beritahu kepada diri sendiri bahawa badan perlu berehat setelah penat bekerja berbulan-bulan lamanya.Badan perlu rehat cara paksa melalui demam.

7.Pendekatan rohani

Biarpun tip ini terletak pada bahagian terakhir,tidaklah bermakna kurang penting dalam proses penyembuhan demam.Melalui pendekatan rohani ada 3 elemen utama yang perlu dititikberatkan sepenuh hati.Kalau boleh ikhlaskan kepada Allah SWT.Elemen tersebut ialah sabar,solat dan istighfar

Demam bukanlah  sesuatu yang negatif.Demam boleh jadi kifarah ke atas dosa-dosa yang telah kita lakukan.Tangani demam dengan perasaan ceria dan gembira selalu


Catat Ulasan

0 Ulasan