Header Ads Widget

Dahsyatnya Istighfar

Admin selesai membaca buku tersebut tak sampai sehari.Memang betul-betul ringkas tetapi padat dengan segala ilmu serta catatan ayat al Quran dan al hadis,Memang best untuk dibaca terutama kepada mereka yang memerlukan keluasan rezeki pada ketika ini.



Buku Dahsyatnya Istghfar hasil penulisan Hasan Bin Abdul Haman.Naskah buku ini telah diedit oleh Azwar Aizam.Penerbitnya synergi Media yang terkenal dengan buku-buku bersifat keagamaannya.

Bahasa yang digunakan amat ringkas.Mudah untuk difahami oleh semua golongan.Tambahan pula topik istighfar menjadi kesukaan admin sejak dari dulu lagi.

Ada beberapa ayat Al Quran yang admin nak petik dalam buku ini ialah

“Hendaklah kamu meminta keampunan kepada TuhanMu dan bertaubat kepadaNya.(Jika kamu mengerjakan demikian),nescaya Dia akan memberi kenikmatan yang baik(terus menerus) kepadamu sampai waktu yang telah ditentukan…” Surah Hud ayat 3.

“Maka aku katakan kepada mereka, Mohonlah keampunan kepada Tuhan,sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun.Nescsaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat,dan memperbanyakkan harta dan anak-anakmu,dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula didalamnya untuk sungai-sungai “ Surah Nuh ayat 10 hingga 12.

Banyak kelebihan beristighfar sebenarnya.Yang pasti orang yang beristighfar akan mendapat keampunan dari Allah.Bila dah bersih dari dosa memang bisa untuk menarik rezeki yang lebih baik,berkat dan luas.

Logik akal biasa  boleh memahami perkara ini apatah lagi golongan yang ada kefahaman yang mendalam.Memang ternyata istighfar boleh mendatagkan banyak rezeki dan keturunan.Masya Allah.

Dalam buku ini juga ada menyatakan beberapa waktu yang afdal untuk melakukan istighfar iaitu :

1.Selesai sahaja solat

Kita tidak pasti semasa melaksana ibadah solat ini cukup sempurna atau terbaik.Oleh itu lakukan istighfar agar ibadah yang kita lakukan boleh diterima oleh Allah SWT.

2.Waktu sahur

Pada ketika ini sangat mustajab untuk berdoa dan juga beristighfar.Memang rugi kalau tak buat sedangkan kita terbangun pada waktu tersebut.

3.Ketika menutup majlis

Tujuannya agar dosa yang kita lakukan dalam majlis ilmun tersebut dapat Allah SWT ampuni segera.Sangat rugi tak buat kerana kejahilan dalm ilmu begini.

4.Untuk orang yang telah meninggal dunia.

Khas untuk orang Islam sahaja.Lain daripda itu memang agama larang.Jenazah yang kita bakal kebumikan tersebut amat perlulan istighfar agar segala dosa yang telah dilakukannya Allah ampuninya.Mudah-mudahan kita sendiri sempat beristighfar sebelum orang lain buat untuk kita.


Buku yang admin baca ini tak pasti ada lagi tak berada dipasaran.Jika tiada pun boleh juga cari buku yang seumpamanya.Isi dan mesej hampir sama sahaja.

Sekian.Selamat membaca dan semoga mencintai budaya ilmu untuk dunia dan akhirat.

Catat Ulasan

0 Ulasan