Header Ads Widget

Islam : Panduan Komprehensif Keluarga Bahagia

Islam : Panduan Komprehensif Keluarga Bahagia…Buku tersebut telah ditulis oleh Dato’ Haron Din.Beliau merupakan tokoh agama yang profilik di negara ini dan terkenal sebagai pengasas organisasi perawatan Islam iaitu Darul Syifa’
.
Admin sudah mentelah buku ini dengan jayanya.Memang menarik dalam mengupas persoalan keluarga bahagia.Ada 7 bab utama yang memang membincangkan secara khusus isu-isu rumahtangga dan Islam sebagai pendekatan utama.


Bab 1-Membina Istana Bahagia
Bab 2-Khiar Fasakh Nikah
Bab 3-Poligamia dalam Islam
Bab 4.Nusyuz atau Derhaka
Bab 5.Majlis Hakam
Bab 6.Penceraian atau talak
Bab 7.Kedudukan Wanita Sebelum dan Sesudah Islam

Admin yakin bab-bab yang dinyatakan sangat menarik terutama bab poligami.Tak kira untuk wanita atau lelaki, isu poligami adalah perkara yang menaikkan adrenalin anda.Jadi izinkan admin nak kongsikan sedikit isu tersebut dalam ruangan artikel blog ini.

Hikmah perkahwinan ialah menyambungkan silaturrahim manusia yang jauh supaya dekat.Dalam ada itu menjalinkan perasaan kasih sayang antara lelaki dan wanita dengan ikatan yang sah.

Dalam surah ar Rum ayat 21 ada menyatakan  marhumnya “Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatnya bahawa ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki),isteri-isteri dari jenis kamu sendiri supaya kamiu bersenang hati dan hidup mesra dengannya.”
Jelas kepada kita bahawa perkahwinan adalah satu kaedah yang terbukti unggul untuk mendapat rasa bahagia.Tak kira perkahwinan monogami atau perkahwinan poligami.Pokoknya terbit rasa tenang dan bahagia.

Sekiranya dalam perkahwinan yang sedia ada terdapat darurat maka poligami dibenarkan demi menjaga keutuhan dan kesucian institusi rumahtangga.Menurut penulis buku ini darurat tersebut mungkin isteri mandul atau isteri sakit dalam tempoh yang sangat lama.

Alasan yang lain juga kerana wanita lebih ramai dari lelaki.Meskipun ada wanita boleh bekerja sendiri namun keperluan naluri semulajadi mereka mesti dipenuhi.Mereka dibenarkan untuk memilih suami sama ada dari golongan bujang maupun mereka yang sudah berkahwin.

Sebab soal jodoh adalah ketentuan Illahi dan tiada siapa yang mampu menahan atau menghalang jodoh seseorang.Seandainya soal rezeki masih menjadi halangan apa kata berusaha mencari duit

Banyak isu menarik sebenarnya dalam membentuk keluarga bahagia.Admin meminjam mutiara kata dalam buku tersebut sebagai renungan kita bersama.

Catat Ulasan

0 Ulasan