Maklumlah admin agak sibuk.
Blog kesayangan admin ini jarang
sangat di kemaskini.
Kasihan sungguhkan admin.
Buku ini telah
diterjemahan oleh Zainal Azam dan diterbitkan pada pada tahun 1996.
![]() |
muka depan buku |
Rupanya dah
berusia juga buku ini.
Namun isi kandungannya masih relevan dengan sebarang
zaman.
Ada lapan bab kesemuanya.
Bab yang ketiga,bab kelima dan bab enam antara yang
menarik admin untuk diulas dalam artikel blog kali ini.
Bab Ketiga.
Dalam bab ini membincangkan secara khusus hikmah perkahwinan.Insan yang normal dan waras pemikirannnya mesti mahu berkahwin.
Bab Ketiga.
Dalam bab ini membincangkan secara khusus hikmah perkahwinan.Insan yang normal dan waras pemikirannnya mesti mahu berkahwin.
Admin yang dah kahwin ini
rasa nak kahwin lagi pun ada.
Gurau jelah hehehe
Maaf ini gurau semata-mata.
Hikmah perkahwinan ternyata sangat banyak.Lebih daripada apa yang admin tulis dan selongkar ini.
Hikmah perkahwinan ternyata sangat banyak.Lebih daripada apa yang admin tulis dan selongkar ini.
Berikut ialah tujuan dan hikmah perkahwinan yang telah ditulis
dalam buku tersebut:
1.Tempat pelampias nafsu kelamin yang sah antara lelaki dan perempuan.
2.Jalan terbaik untuk mendapat keturunan yang jelas pertaliannya
3.Penyuburan naluri keibubaapan dalam menyemai kasih sayang
4.Mengembangkan potensi diri untuk memikul tanggungjawab
5.Pembahagian tugas secara sempurna antara suami dan isteri
6.Menerbitkan rasa muhibbah dan hubungan rapat dalam masyarakat
7.Memanjangkan usia manusia jika pasangan hidup bahagia.
Bab Kelima
Dalam bab ini penulis telah menghuraikan dengan cukup teliti dan jelas.Tersalah pilih pasti merana sepanjang hayat sekiranya tidak mampu mengendalikan rumahtangga dengan baik.

Bagi bakal suami sila baca dengan
hati-hati semasa bercadang nak pilih bakal isteri.Yang dah kahwin no komen la
jawapnya.
Sudah tentu penulis menyertakan beberapa hadis tentang perkara ini.
Sudah tentu penulis menyertakan beberapa hadis tentang perkara ini.
Hadis-hadis yang berkait rapat dengan tajuk ini adalah seperti dibawah :
Rasulullah SAW telah bersabda, “seseorang wanita itu dinikahi kerana 4 sebab :hartanya kekayaannya,keturunannya,kecantikannya dan agamanya.
Rasulullah SAW telah bersabda, “seseorang wanita itu dinikahi kerana 4 sebab :hartanya kekayaannya,keturunannya,kecantikannya dan agamanya.
Sesiapa yang pilih
kerana agama melebihi 3 perkara sebelum itu nescaya dia akan berbahagia”-Hadis
al Bukhari dan Muslim.
Selain itu ada satu lagi hadis berkenaan perkara yang sama :
Tepat sekali pemilihan suami dan isteri yang betul akan membantu
proses kebahagiaan.
Selain itu ada satu lagi hadis berkenaan perkara yang sama :
Rasullulah SAW bersabda, “Sebaik-baik isteri ialah apabila kamu
lihat kepadanya,dia menggembirakan kamu,yang apabila kamu suruh,dia taatkan
kamu,yang bila kamu mengenakan sumpah ke atasnya,dan dia memenuhinya dan yang
bila kamu meninggalkannya dia pandai memelihara darinya akan harta kamu”-Hadi
Riwayat al-Nasa’i
Bab enam
Orang yang sangat bertanggungjawab terhadap masa depan anak
perempuannya ialah wali.
Tersalah pilih dan serah anak perempuan kepada bakal
suami ‘berhantu’ maka sungguh malang nasib mereka.Sebab kuasa talak berada di
tangan lelaki.
Jika suami mendapati isterinya berlaku kurang betul dan setelah
usaha memperbetulkan tidak berhasil maka kuasa talak boleh digunakan.
Persoalannya bagaimana jika isteri mendapati suaminya kurang betul
maka proses talak ini akan dirujuk kepada pihak mahkamah syariah.
Sudah pastinya
mengambil masa dan sepanjang tempoh tersebut ada isteri yang sudah trauma dan
alami tekanan perasaan melampau.
Dalam buku ini ada dikongsikan dua panduan yang diperolehi oleh
insan hebat atas mukabumi ini.
Aisah ra berkata “Perkahwinan itu adalah (laksana)
perhambaan,lantaran itu hendaklah seseorang daripada kamu berhati-hati di mana
dia mahu letakkan anak perempuannya”
Al Hasan Ibn Ali ra berkata “Kahwinkanlah dia dengan lelaki yang
bertakwa kepada Allah,kerana lelaki begini jika dia sayangkannya,dia akan
bersikap baik terhadapnya, kalaupun dia membencinya tidaklah dia akan
menzaliminya”
Pilihan terletak pada tangan manusia sendiri.
Soal jodoh
biarpun sudah ditetapkan melalui Qadak dan Qadar usaha juga perlu dalam mana
yang baik dan mana yang kurang baik.
p/s: kemas kini 21.8.22
0 Ulasan