Header Ads Widget

Hikmah Terapi Sedekah

Buku ini best sebenarnya.Nipis dan ringan sahaja.Namun ilmu yang disajikan cukup berat dan hebat.

Penulisnya ialah Hasan Bin Ahmad Bin Hassan Hammam.Buku asalnya dalam bahasa Arab yang bertajuk At-Tadawi bi as-Saum.Penerbitnya ialah Al-Hidayah Publication.Dikatakan ia adalah cetakan Kedua pada Tahin 2008.



Ketebalan buku ini tidak dinyatakan dan ia memang nipis.Bahasa yang mudah difahami dan dihayati oleh pembaca.Admin telah menghabiskan buku ini cuma dalam masa sehari.Itu buktinya buku tersebut nipis tetapi sarat dengan ilmu dengan ilmu pengetahuan.

Alang-alang admin dah membaca buku apa kata admin cuba untuk meringkaskan balasan dan kesan bersedekah kepada si pemberi sedekah:

1.Menyucikan dan membersihkan diri

2.Pelaksanaan ibadah dan perintah Allah.

3.Pelindung dari Api Neraka

4.Menghindar keburukan

5.Bukti kebenaran iman

6.Dibebas dari tawanan dosa

7.Allah gantikan harta sedekah

8.Pahala tidak putus

9.Sedekah peenghapus kesalahan


Memang sengnaja admin tak menerangkan panjang lebar point-point yang dinyatakan diatas supaya pembaca teruja juga nak membeli buku ini.

Jika terjumpa dipasaran bolehlah angkat satu.Tak rugi dan untung dari segi ilmu tu tak terkata jawapnya.


Selamat membaca dan menghayati budaya ilmu.

Catat Ulasan

0 Ulasan