Header Ads Widget

Nota Fikir Untuk Ziki

Admin memang minat membaca tulisan Tuan Pahrol Mohd Juoi.Apa-apa buku hasil tulisan beliau memang sedap dibaca.Senang difahami dn mudah dihayati.Sebab itu admin tidak teragak agak untuk membaca buku Nota Fikir Untuk Zikir.


Kelebihan buku ini ialah gaya bahasa yang amat santai.Penggunaan seni komunikasi penulis dengan pembaca amat dekat sekali.Ada feel tersendiri setelah menghabis baca buku ini.

Menurut catatan buku Nota Fikir Untuk Zikir telah diulang cetak 4 kali pada tahun 2012.Pada admin ia adalah pencapaian yang hebat dan sangat bagus sekali.Sayangnya pada tahun terbaharu tidak ada perkembangan positif.Paling terkini ada dibuat review sekitar tahun 2014.Itupun admin dapat ketahui halaman utama carian Google.

Ada tiga bahagian dalam buku tersebut yang meliputi kisah dulu-dulu,berguru dengan alam dan kata dikota.Maklumat yang lanjut dan seterusnya sila dapatkan naskah buku ini di pasaran lah ye.
Dalam banyak kisah yang diceritakan dalam buku ini.Cuma admin nak kongsikan satu kisah yang amat menarik iaitu Kisah tupai dan kura-kura.Bagi melindungi hak cipta buku ini izinkan admin ceritakan semula menggunakan bahasa dan ayat sendiri.

Tersebut sebuah kisah.Ya.Kisah binatang si tupai dan si si kura-kura.Mereka berkawan baik dan sangat akrab.Si kura-kura ini mempunyai isteri.Si Tupai masih bujang bujang trang tang-tang.

Si tupai dan  si kura-kura memang asyik berkawan.Si Kura-kura sanggup keluar awal dari sarang semata-mata untuk bersamasi tupai.Dah la tu pulang akhir sehingga lewat senja.Tindakan si kura-kura berbuat demikan menyebabkan si isteri kura-kura,terasa hati,sunyi dan rasa terpinggir.

Jadi si isteri kura-kura membuat satu helah yang bijak demi memutuskan hubungan si tupai dan si suaminya.

Pada satu hari si isteri kura-kura berlakon jatuh sakit.Tidak mahu menjamah makanan atau minuman.Melihat keadaan ini si suami kura-kura cuba mencari penyelesaian dengan bertanya kepada si isterinya.

Si isteri kura-kura berkata dia akan sembuh hanya dengan memakan hati tupai iaitu kawan karib kepada suaminya.Jika tidak terlaksana maka  si isteri kura-kura akan terus sakit dan akan meninggal dunia.

Si suami kura-kura rasa sangat kasihan.Lalu terbit dalam fikirannya untuk memperdayakan si tupai.Jadi dia telah menganjak si tupai untuk pergi ke suatu tempat.Dalam perjalanan tersebut si suami kura-kura telah tersasul dengan menceritakan kisah isterinya yang mengidam hati tupai.

Dari situ si tupai sedar akan nawaitu si suami kura-kura untuk membunuhnya.Lantas si tupai melarikan diri dan memutuskan hubungan dengan kawan karibnya.Si tupai sangat terkilan dan sedih kerana kawan sendiri sanggup menganiyakanya kerana desakan si isteri kura-kura.


Kisah ini memang dongengan semata-mata.Namun membawa maksud yang tersirat dan tersurat.Malahan berkait rapat juga dengan kisah manusia dalam menempuh alam rumahtangga.

Si suami boleh terlupa kehadiran isteri dirumah jika terlalu leka melayan kawan-kawan.Begitu dengan si isteri boleh mengabaikan tanggungjawab di rumah jika terlalu asyik dengan aktiviti bersama rakan-rakan mereka.

Sayangnya kita tidak sebijak isteri kura-kura yang membuat helah untuk menyelesaikan masalah.KIta cenderung untuk lari dan biarkan masalah berlarutan.Akhirnya rumahtangga tangga kucar kacir dan kurang harmoni.Jiwa kurang tenteram dan objektif asal perkahwinan lari dari landasan.

Semoga kisah yang  terpapar dalam naskah Nota Fikir untuk Zikir menjadi inspirasi untuk kita berubah menjadi lebih baik dari sebelumnya.In shaa Allah. 

Catat Ulasan

0 Ulasan